Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Apabila Christ kembali, Pada permulaannya, Dia tidak akan dedahkan Kehadiran-Nya. Guru-guru sebelum Dia tidak akan buat begitu juga; tapi beransur-ansur, langkah akan diambil yang akan dedahkan kepada manusia bahawa sekarang hidup bersama mereka seseorang yang cemerlang, luar biasa, berpotensi, berupaya utk mengasihi dan berkhidmat, dan berpandangan luas, jauh melangkaui orang biasa. Lelaki dan wanita di seluruh dunia akan mendapati diri mereka tertarik ke dalam kesedaran titik di dunia moden di mana orang ini diami, dan dari pusat Kuasa itu akan mengalirnya Semangat Christ Sebenar yang akan beransur-ansur dedahkan kpd manusia bahawa Dia bersama kita.”
Benjamin Creme, seorang artis, penulis dan ahli falsafah esoterik Scotland, membaktikan diri bagi menyediakan jalan untuk peristiwa yang paling luar biasa dalam sejarah – kemunculan Maitreya, yang dikenal pasti dalam Ajaran Kebijaksanaan Abadi sebagai Christ, Guru Dunia, Ketua Hierarki Spiritual planet Bumi dan Guru Semua Guru.Creme: Mungkin saya orang yang ada misi tetapi bukan seorang mubaligh – ada perbezaan. Saya seorang pelukis, artis yang dihubungi lama sebelumnya pada 1959 oleh salah seorang anak murid rapat Christ.Sebenarnya Christ bukanlah nama seseorang individu. Itu nama seorang Guru agung, seseorang yang agung, berkuasa dan terevolusi... sebenarnya Guru Semua Guru. Guru ialah orang seperti kita yang benar-benar mendahului kita dalam evolusi dan menamatkan jalan evolusi yang perlu kita semua lalui ini.Saya dihubungi oleh salah seorang Guru yang tinggal di pergunungan Himalaya pada awal 1959. Tidak lama selepas itu Dia berkata, “Sekarang Guru kita, Guru Semua Guru, ada sesuatu yang penting untuk diberitahu kepada engkau.” Kemudian suara Guru-Nya, Nabi Maitreya – untuk berikan nama peribadi kepada Dia yang merupakan Guru dan menjelmakan apa yang kita panggil Prinsip Christ – tenaga kasih sayang, jadi Dia merupakan Nabi Kasih Sayang.Selama berdekad-dekad, beliau menyampaikan kepada orang ramai mesej yang diterimanya secara telepati daripada Nabi Maitreya, Nabi Kasih Sayang atau Guru Dunia melalui khutbah, temu ramah media dan buku. Mesej-mesej ini meliputi pelbagai topik termasuk pemasaan dan cara kemunculan Nabi Maitreya serta misi utama-Nya. Sejak ceramah awam pertamanya pd 1975 berjuta-juta orang telah dengar mesej En. Creme dan banyak orang telah diilhami untuk bantu buatnya diketahui di seluruh dunia. En. Creme berkata, “Tugas saya adalah mendekati orang ramai awal-awal lagi untuk bantu mewujudkan suasana harapan dan jangkaan. Jika saya dapat melakukan itu, saya akan sangat gembira.”Benjamin Creme meninggalkan dunia ini pada 24 Oktober 2016 tetapi kerjanya berterusan melalui suatu rangkaian kumpulan seluruh dunia yang diilhami oleh mesejnya.Cara dan garis masa kemunculan Maitreya yang didedahkan oleh Benjamin Creme mempunyai persamaan yang ketara dengan perjalanan peribadi Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita dari kelahiran fizikal-Nya ke pemerolehan Makrifat Sepenuh, ke menjadi Pemimpin Spiritual global dan pengumuman akhir tentang identiti-Nya di Supreme Master TV.Dalam trilogi ‘Misi Maitreya’ yang pertama, Benjamin Creme menulis:“Isyarat bagi kedatangan semula ini diberikan pada bulan Jun 1945 di penghujung peperangan oleh Maitreya sendiri. Dia umumkan kepada Guru-guru yang berkumpul bahawa Dia memutuskan untuk kembali ke dunia harian pada waktu seawal mungkin sebaik saja umat manusia mula membuat rumah mereka tenteram, dan akan bawa sekumpulan besar anak murid-Nya, Guru-guru ke dunia ini bersama Dia.Dia berkata bahawa Dia akan datang apabila suatu tahap keamanan telah dipulihkan di dunia; apabila prinsip berkongsi sekurang-kurangnya mula wujud dalam hal ehwal ekonomi; dan apabila prinsip muhibah adalah aktif, membawa kepada hubungan manusia yang betul. Dia harap dapat datang pada sekitar 1950. Diharapkan kesakitan dan penderitaan peperangan akan menginsafkan umat manusia dan bawa kepada perubahan arah.”Oleh itu, menurut Benjamin Creme, pada 1945, Nabi Maitreya umumkan keputusan-Nya untuk kembali ke dunia ini dan harapan-Nya utk datang pada sekitar 1950 Secara kebetulan, badan fizikal Mahaguru Ching Hai dilahirkan pada 1950.Banyak kali Benjamin Creme menyatakan bahawa Nabi Maitreya telah tiba dengan pesawat di United Kingdom, ‘titik fokus-Nya’, dan hidup sebagai orang biasa dalam komuniti Asia di London pada 1970-an. Walaupun beliau tidak nyatakan secara khusus kewarganegaraan atau keetnikan Maitreya sesetengah orang mentafsirkan ini sebagai bermakna Dia muncul sebagai orang Asia dengan kewarganegaraan British. Ini sekali lagi padan dengan kehidupan Mahaguru Ching Hai Tersayang kita yang dilahirkan di negara Asia Âu Lạc (Vietnam), pergi ke United Kingdom untuk belajar semasa muda pada sekitar tahun 1970-an dan merupakan warga British.Seawal tahun 1959, Benjamin Creme melaporkan bahawa Nabi Maitreya memberitahu secara telepati masa kemunculan-Nya.Dia kata, “Aku sendiri akan datang, lebih cepat daripada yang sesiapa fikirkan mungkin. Ia akan dalam masa kira-kira 20 tahun.”Kami percaya bahawa mesej ini merujuk kepada fasa kedua kemunculan Maitreya, apabila Kesedaran Christ datang ke badan fizikal-Nya atau Maitreya menuntut Kedudukan Guru-Nya. Ini diramalkan berlaku di antara akhir 1970-an dan awal 1980-an, lebih kurang dua dekad selepas 1959.Apa yang mengagumkan, pada awal tahun 1980-an, Mahaguru Ching Hai pergi ke India, kawasan pergunungan Himalaya untuk mencari Makrifat. Selepas mendapat Makrifat sepenuh, Beliau kembali ke dunia. Guru hidup secara senyap selama beberapa tahun hingga pertengahan tahun 1980-an tanpa mendedahkan Kehadiran-Nya. Ini sekali lagi padan dengan gambaran dalam buku En. Creme, ‘Kemunculan Semula Christ dan Guru-guru Kebijaksanaan’.“Apabila Christ kembali, Pada permulaannya, Dia tidak akan dedahkan Kehadiran-Nya. Guru-guru sebelum Dia tidak akan buat begitu juga; tapi beransur-ansur, langkah akan diambil yang akan dedahkan kepada manusia bahawa sekarang hidup bersama mereka seseorang yang cemerlang, luar biasa, berpotensi, berupaya utk mengasihi dan berkhidmat, dan berpandangan luas, jauh melangkaui orang biasa. Lelaki dan wanita di seluruh dunia akan mendapati diri mereka tertarik ke dalam kesedaran titik di dunia moden di mana orang ini diami, dan dari pusat Kuasa itu akan mengalirnya Semangat Christ Sebenar yang akan beransur-ansur dedahkan kpd manusia bahawa Dia bersama kita.”Seperti yang dinyatakan oleh En. Creme, pada tahun-tahun awal-Nya, walaupun Mahaguru Ching Hai tidak menonjolkan diri ke mana-mana pun Beliau pergi, orang mula rasai tenaga Christ Syurga-Nya, rasa tertarik kepada Beliau dan ingin belajar daripada Beliau.Master: Di India, saya sudah ditemui kerana saya nak beli buku dan mereka kata mereka tiadanya. Saya kata, “Kamu adanya.” “Saya nampaknya di kedaimu, warna sebegini, saiz sebegini.” Kemudian mereka rasa saya sudah pun seorang Buddha.Sekurangnya salah satu daripada mereka ikut saya, nak menjadi anak murid saya. Jadi saya mengujinya dan dia lulus, jadi saya perlu menunaikan janji. Anak murid pertama saya, kononnya, di tebing Sungai Ganges. Saya tiada tokong, apa-apa pun, tidak mencukur rambut, apa-apa pun. Saya hanya memakai pakaian putih seperti kebanyakan orang India. Baiklah. Itu misi ditemui yang pertama.Saya pergi ke Taiwan (Formosa), saya ditemui sekali lagi. Saya baru beritahu kamu tadi. Saya tinggal di tokong, di belakang tokong, kawasan tak diketahui ramai di mana mereka letak abu orang mati. Saya tinggal bersama orang mati. Mereka tetap menemui saya. Sekumpulan orang datang pada tengah malam, ribut petir, hujan. Saya takkan lupa. Mereka datang kerana mereka begitu tergesa-gesa. Mengapa mereka tidak datang pada siang hari? Datang pada waktu malam, mengetuk rumah orang mati kecil saya. Saya perlu beri inisiasi kepada mereka, baiklah, kerana mereka kata Bodhisattva berikan arah kepada mereka. Untuk rasa hormat kepada Bodhisattva, saya perlu, kan?Kemudian saya larikan diri ke Amerika dan mereka menemui saya sekali lagi. Sekumpulan orang hitam dan putih datang ke tokong di mana saya bersihkan tandas, mengelap lantai setiap hari dan memasak untuk sesiapa saja yang datang dan untuk ketua biksu juga. Mereka datang dan berkata, “Oh, kami tahu! Seseorang muncul dalam visi dalaman kami untuk beritahu kami supaya datang ke sini, alamat ini.” Mereka tak pernah pergi ke sana. Tiada satu pun daripada mereka yang pernah pergi ke sana sebelumnya dan tiada satu pun daripada mereka yang pernah pergi ke bilik abu, bilik orang mati itu sebelumnya. Mereka menemui jalan untuk datang dan berkata, “Datang ke sini, kemudian kamu akan ajar kami dengar bunyi laut,” dan, “Namamu Guru Ji.”Sebenarnya Ji ialah nama yang digunakan untuk gelar mana-mana orang agung, seperti Ji ‘agung’, bermaksud ‘Agung’, Guru Ji. Saya kata, “Tidak. Kamu cari ketua biksu, kan?” Mereka kata, “Tidak, tidak.” Mereka kata, “Bukan ketua biksu. ‘Guru Ji’.” Kemudian seorang lagi berkata, “Bukan, bukan. Guru Ching, saya rasa Ching.” Mereka saling bertikai, Ching atau Ji.Saya kata, “Tidak, nama ketua biksu adalah sekian sekian. Beliau tiada di sini sekarang. Mungkin kamu kembali selepas dua bulan apabila beliau balik ke Amerika.” Mereka kata, “Tidak, tidak, bukan seorang lelaki.” Dia kata, “Itu seorang wanita.” Di sana, hanya saya saja. Ketua biksu seorang lelaki, saya seorang wanita. Dan satu lagi orang berumah tangga datang dan pergi untuk belajar dengan beliau. Jadi saya perlu mengajar mereka juga. Itu kali ketiga. Faham apa yang saya katakan? Mereka membaui kita.Pada 27 Mei 1982, Benjamin Creme menerima yang terakhir daripada 140 mesej yang diberikan oleh Nabi Maitreya sebelum pengumuman-Nya.“Kawan-kawan yg dikasihi, Aku gembira bersama engkau sekali lagi dan menyampaikan mesej terakhir ini kepada engkau dengan cara ini. Aku berniat untuk dedahkan diri-Ku pada waktu seawal mungkin, tidak menangguhkannya dan datang ke depan dunia sebagai Kawan dan Gurumu. Banyak bergantung kepada penemuan segera-Ku, kerana dengan cara ini Aku dapat bantu engkau menyelamatkan duniamu. Aku di sini untuk bantu dan ajar, menunjukkan jalan menuju masa depan dan dedahkan sesama engkau sebagai Dewa-dewi. […]Sekarang harapan tinggi untuk Kemunculan-Ku. Dengan gembira Aku persembahkan diri kepada orang. Maka carilah Aku, dan jumpai Aku yang menunggu. Maka carilah Aku, dan cekau tangan-Ku. Aku perlukan bantuanmu untuk datang ke depanmu, berkati dunia ini dan mengajar, tunjukkan kepada orang bahawa jalan ke depan adalah mudah, hanya memerlukan penerimaan Keadilan dan Kebebasan, Perkongsian dan Kasih Sayang. Aspek-aspek ini sudah ada di dalam dirimu dan hanya perlu Aku bangkitkan. Christ ada di sini, kawan-Ku. Avatar telah datang. Saudaramu berjalan dlm kalangan kamu. Misi-Ku telah bermula. Segera kenalilah Aku dan bantu saudaramu mengenali Aku. Pegang tangan-Ku dan biar Aku memimpin engkau kpd TUHAN. Semoga Cahaya dan Kasih Sayang Syurga serta Kuasa TUHAN Yang Maha Suci sekarang terjelma dalam hati dan mindamu. Semoga jelmaan ini segera memimpin engkau untuk lihat perananmu pada waktu berani ini.”Pada tahun yang sama, En. Creme menyiarkan iklan halaman penuh dalam 17 surat khabar termasuk The Times, umumkan bahawa “SEKARANG CHRIST ADA DI SINI.” Hampir 100 orang wartawan daripada rangkaian, majalah dan akhbar utama hadir untuk pengumuman En. Creme.Pada sekitar rangka masa yang sama, Mahaguru Ching Hai datang ke Taiwan, juga dikenali sebagai Formosa. Beliau mula berikan khutbah dalam kapasiti-kapasiti yang berlainan dan menyampaikan Kaedah Meditasi Quan Yin, memimpin orang kepada kesedaran TUHAN dan cara hidup Suci.Dalam tempoh masa yang singkat, di pulau bertuah ini, Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa ditubuhkan dengan ibu pejabat di Ashram Hsihu. Beribu-ribu orang mula datang, tertarik kepada Ajaran Mahaguru Ching Hai yang memakrifatkan serta kehidupan sederhana dan khidmat ikhlas-Nya yang menjadi contoh.Guru menawarkan inisiasi secara percuma dan kehidupan-Nya berjimat dan sederhana. Beliau tinggal di dlm khemah dan bekerja untuk menampung perbelanjaan diri dan Persatuan Antarabangsa melalui ciptaan seni yang diilhamkan oleh Syurga.Bilangan ahli persatuan kami mula bertambah dengan cepat dan merangkumi orang daripada semua latar belakang budaya, kaum dan agama. Banyak orang mengenal tenaga Christ di dalam diri-Nya dan menyedari kuasa transformatif menerima inisiasi daripada Guru Bermakrifat Sebenar yang ditahbiskan oleh TUHAN.m1: Jadi dalam keadaan saya, pengalaman peribadi, saya dibesarkan sebagai orang Kristian tetapi rasai sesuatu tertinggal dalam hidup saya. Jadi saya mencari banyak amalan spiritual melalui sangat banyak jalan yang berlainan dan banyak guru selama banyak tahun tetapi apabila saya temui Mahaguru Ching Hai, saya terasa saya telah menemui Guru sebenar saya. Sejak waktu itu, kira-kira lima tahun yang lalu, kehidupan saya telah berubah secara dramatik. Saya memperbaik diri di dalam seperti yang dikatakan oleh Guru, salah satu matlamat utama amalan spiritual adalah meningkatkan belas kasihan kita, keupayaan kita untuk sayangi orang lain.f1: Pada musim bunga yang lalu, Mahaguru Ching Hai bantu saya membuka makrifat inheren saya. Sejak itu, segalanya di sekeliling saya telah berubah. Sebenarnya tiada apa-apa yang berubah di sekeliling saya. Saya ubah pandangan hidup saya. Setiap pagi, saya rasa lebih gembira drpd hari sebelumnya. Mahaguru Ching Hai telah membantu beribu-ribu orang mengenal bahawa Kebenaran, Makrifat adalah nyata, benar dan kita boleh gunakannya dalam kehidupan harian.f2: Inisiasi ialah waktu roh berhubung semula secara langsung dengan Kuasa Alam Semesta dalaman melalui Belas Kasihan dan Kuasa Guru. Itu waktu kelahiran spiritual yang sebenar. Sejak hari itu, kehidupan saya mula berubah. Saya mula melihat bahawa segalanya yang berlaku kepada saya ialah peluang untuk memahami diri sendiri, membetulkan kesilapan saya dan berkembang sebagai seorang insan. Walaupun masih ada masanya saya ingin mengelak daripada hadapi realiti, sekarang saya dapati saya tidak melarikan diri lagi. Kekuatan dalaman ini ialah sesuatu yg tak pernah saya ada sebelum inisiasi. Dengan mengikut teladan Kasih Sayang tanpa syarat Mahaguru Ching Hai dan melalui amalan Kaedah Quan Yin, saya juga telah belajar untuk hulurkan bantuan kepada orang dalam kesusahan dan rasai penderitaan orang lain seperti penderitaan sendiri.DAN LAIN-LAIN…Semua perkembangan ini telah diramalkan dalam buku Benjamin Creme ‘Kemunculan Semula Christ dan Guru-guru Kebijaksanaan’.“Mereka yang dapat beri respons kepada Kehadiran dan Ajaran-Nya akan mendapati diri mereka mencerminkan kasih sayang ini, potensi ini, keluasan visi ini dan akan pergi ke dunia untuk menyebarkan fakta bahawa Christ ada di dunia ini dan bahawa orang harus beri perhatian kepada negara dari mana Ajaran tertentu datang. Ini akan berlaku dalam tempoh masa yang secara relatif sangat singkat, dan bawa kepada bukti kukuh bahawa Christ adalah bersama kita.Sejak waktu itu, perubahan yang akan berlaku di dunia akan berlaku dengan kelajuan yang tidak pernah berlaku dahulu dalam seluruh sejarah planet ini. 25 tahun yang berikutnya akan menunjukkan perubahan sebegini, perubahan yang begitu radikal, begitu asas sehingga dunia akan berubah sepenuhnya menjadi lebih baik.”Dalam episod seterusnya, kita akan lebih banyak mengkaji ramalan Benjamin Creme tentang Nabi Maitreya, Misi-Nya dan impak-Nya kepada dunia.










