Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 9 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tiada apa-apa adalah tersembunyi. Apa-apa yang kita katakan akan kekal berada di dalam udara, kekal berada di dalam air, kekal berada di dalam pokok, kekal berada pada rumput, di dalam tanah, mana-mana saja. (Wau!) Mungkin suatu hari nanti, ahli sains akan dapat menangkapnya. (Wau!) Kemudian kita dapat dengar Nabi Isa sendiri berkhutbah kepada kita. (Mengagumkan.) Atau kita dapat dengar kata-kata Buddha dalam bahasa-Nya yang kita tak faham.

( Berkenaan dengan semua kerja Supreme Master TV yang Guru buat, ada lagi tak sesuatu yang boleh pasukan ini buat untuk meringankan beban kerja Guru? ) Kamu banyak membantu sekarang, lebih baik daripada sebelumnya. Ketika saya baru mulakan, keadaan kucar-kacir. Saya tak lihat matahari untuk masa yang panjang. Bekerja siang dan malam. Begitu letih pun, saya tak boleh makan, tak boleh tidur. Tapi sekarang, lepas latihan selama dua, tiga tahun, kamu telah menjadi berupaya. Gayanya lebih baik. Jika kamu lihat permulaannya sewaktu saya belum turut serta, (Ya.) kamu tahu apa yang saya katakan, seperti TV komatos. Saya tertanya-tanya mengapa kita tak buat siaran radio saja kerana ia sekadar cukup baik untuk radio. Tidak pun. Orang yang baca berita membaca macam dia menyusui bayinya dengan botol, kemudian baca pada masa yang sama sebelah mata tertutup atau separuh buka. Kamu lihat balik pada permulaannya, hari pertama. Macam tak percaya! Saya tiada masa untuk lihat pada masa itu. Saya ingat kamu sudah tahu apa yang nak dibuat dan mereka berkata kepada saya, “Saudara ini pernah menjadi penyelaras untuk TV lama di LA sebelumnya dan orang itu dan ini...” Mereka gunakan ayam mereka sendiri, pekerja mereka sendiri. “Ini dan itu sudah lakukan ini dan itu, ada di sana...” Jadi saya fikir, “Bagus. Maka saya tak perlu buat apa-apa pun.” Sehingga saya periksa. Ya Tuhan! Saya hampir pengsan. (Oh!) Ya Tuhan. Itu bagaimana kamu guna gelaran saya di TV? Supreme Master Television dan komatos macam itu? Kemudian saya perlu mula bekerja tetapi pada permulaannya keadaan begitu kucar-kacir dan tak terurus sehingga saya perlu bekerja siang dan malam untuk buatnya menjadi seperti hari ini.

Sebelumnya, saya perlu buat segala-galanya, malah memilih juruacara, menulis semua komen dan menulis banyak perkara. Sekarang, hari ini, kadangkala kamu bantu saya menulis. (Ya.) Apabila saya terlupa, maka kamu menulis. Sekali-sekala. Sangat jarang saya terlupa tapi kadangkala saya terlalu letih atau sibuk, di dalam dan di luar. Di dalam lagi sibuk daripada di luar. Di luar kacang saja. Begitu pun, ia meletihkan saya, dah tentu.

Saya tak biasa dengan komputer dan sebagainya. Mata saya menjadi kurang tajam sekarang. Dulu saya tak perlu memakai cermin mata untuk lihat sari kata tapi sekarang saya perlu. (Oh, Guru!) Dulu saya boleh baca skrip dengan cetakan yang lebih kecil. Tapi sekarang saya perlu pakainya untuk lihat di komputer sari kata dan gambarnya untuk buatnya lebih jelas. Dan kadangkala sakit kepala. Walaupun kita ada langkah pencegahan, namun saya terlalu sensitif terutamanya sewaktu bersuluk. Mereka malah buat saya bekerja. Tapi saya tak boleh tak bekerja untuk Supreme Master Television. Saya tak boleh biar kamu saja yg buatnya. Saya dah lihat banyak kali. Tidak baik. (Ya, Guru.) Maksud saya, mungkin satu hari baik, satu hari tidak baik. Satu hari baik, dua hari tidak baik. Begitu banyak kesilapan dan begitu banyak perkara. Gayanya dan... Baru-baru ini pun, kamu lihat berapa banyak kesilapan yang saya betulkan? (Ya, Guru.) Kamu orang Amerika pun menulis macam itu ke? Tak gramatis, tak logik. Kadangkala saya dapat lihatnya. Tapi saya tak menyalahkan kamu kerana kadangkala kita ada banyak kerja dan tak dapat beri perhatian kepada segalanya. Kamu dah buat sebaik yang boleh, saya tahu itu, dan bekerja keras. (Terima kasih, Guru.) Memang bekerja keras. Menaip pada komputer kadangkala buat tangan kita letih. (Ya, Guru.) Jika kita buatnya sepanjang hari, kan? Jari kita juga rasai sesuatu. Sakit atau tidak? (Jika kita dah biasa dengannya, jari kita tak apa-apa.) Benar ke? Mengapa jari saya sakit semasa menggunakan komputer?

Saya perlu gunakan komputer sekarang. Sebelumnya saya gunakan tulisan tangan untuk membuat pembetulan. Tapi itu terlalu buruk kerana saya hantar tulisan tangan dan mereka menaipnya tetapi menaip dengan salah. Saya perlu semak sekali lagi. (Oh!) Sebelumnya saya hantarnya, jadi bekerja dua kali. (Ya.) Dah banyak kerja dan bekerja dua kali macam itu, mana boleh satu orang menguruskan semua rancangan dan bekerja dua kali? Meskipun sesetengah rancangan saya tak betulkan, namun saya tetap perlu lihatnya dulu. Saya perlu baca untuk mengetahuinya bagi mengetahui sama ada saya harus betulkan di mana-mana atau tidak. (Ya, Guru.) Ia tetap memakan masa. Membuat pembetulan dan menulis memakan lebih banyak masa, tapi meskipun tidak, tetap perlu. Semua surat anugerah, saya perlu hantar, perlu baca, perlu membuat pembetulan. Kerana kadangkala saya dah betulkan, hantarnya balik tapi mereka buat kesilapan lain. Saya perlu betulkan berulang kali. Tapi hari ini, itu dah kurang kerana banyak drpd kamu sudah banyak bertambah baik. (Ya, Guru.) Sudah biasa dengan sistem ini, tahu dan sebagainya. Sekarang saya gunakan komputer utk buat pembetulan. Sebelumnya saya rasa saya tak dapat lakukannya kerana saya tak tahu bagaimana menggerakkan tetikus pun. Tahu tak, kursor? (Ya, Guru.) Saya tak dapat gerakkannya. Saya gerakkannya dan tak dapat lihatnya di mana-mana pun. Saya kata, “Di mana? Ke mana kau dah pergi? Balik ke sini!” Kadangkala ia tak kembali untuk masa yang panjang dan saya gerakkannya seperti hendak gila. Ia tak kembali. Saya kata, “Kau kembali sekarang juga!” Kadangkala kelihatan macam ia dengar kata-kata saya, tetapi komputer ada fikirannya sendiri. Ia tak dengar kata-kata saya. Kadangkala kelihatan macam saya bernafas saja, kemudian ia berubah. Saya tak dapat kembali ke halaman itu semula atau ia buatnya gila. Hari ini sekali lagi, saya perlu minta seseorang membaikinya. Syukurlah. Tapi saya belajar dan lakukannya dengan komputer sekarang. Sebelumnya saya lakukan dengan tangan. Dengan tangan, banyak bergantung pada orang. Saya tak suka bergantung pada orang. (Faham. Ya, Guru.) Kerana saya perlu menulis dan seseorang perlu datang mengutipnya, kemudian perlu bawanya kepada orang itu, kemudian saya perlu tunggu. Kemudian satu lagi datang dan satu lagi datang sepanjang hari. Orang berulang-alik seperti yoyo. Kerana sesetengahnya cemas (Ya, Guru.) dan betulkan secara berulang kali. Kadangkala saya sangat letih juga dari segi mental dan fizikal. Saya terlepas perhatian terhadap sesetengah bahagian. Lepas itu saya lihat sekali lagi dan betulkan sekali lagi. Atau membuat penambahan dan itu berulang-alik banyak kali. Ini sangat meletihkan juga bagi posmen. Bagi posmen yg merupakan anak murid. Saya tak begitu suka orang itu menaik dan menurun, menaik dan menurun, sentiasa keluar masuk ke dalam medan magnet saya. (Ya.) Ia juga menyebabkan gangguan kepada saya, untuk tumpuan saya. Sebab itulah kadangkala saya tak dapat bekerja dengan baik dan perlu membuat pembetulan secara berulang kali. Kamu tahu akannya. (Ya.) Sesetengah daripada kamu yang bekerja dekat dengan saya tahu akannya.

Saya ada minta lama dahulu. Saya minta beberapa orang, “Boleh kamu ajar saya bagaimana lakukannya? Beritahu saya bagaimana lakukannya supaya saya tak perlu menulis dengan tangan, maka kamu tak perlu asyik datang dan pergi atau saudara lain tak perlu sentiasa datang dan pergi.” Mereka kata, “Tidak, Guru. Ia sangat rumit.” Kemudian seorang lagi berkata, “Ia sangat susah.” Kemudian orang lain berkata, “Guru terlalu sibuk. Kamu tak dapat. Ini terlalu banyak untuk kamu belajar.” Saya berfikir macam itu juga. Saya berfikir saya tak pernah buat kerja komputer sebelumnya kecuali semasa kamu dah simpannya dalam USB dan saya buka untuk lihat seperti menyaksikan video. Jika tidak, saya tak dapat buat apa-apa pun sebelumnya. Saya boleh menaip dengan mesin taip elektrik, itu saja. Jadi pada mulanya, saya kata, “Okey, sekurang-kurangnya beli utk saya mesin taip elektrik.” Saya akan menaip, jadi lebih jelas daripada tulisan tangan. Tapi saya menaip dengan dua jari saja. Atau malah satu jari, satu setengah. Ambil masa yang begitu lama juga. Kemudian lepas itu saya kata, “Saya perlu belajar komputer. Saya mesti.” Kemudian saya tanya seorang lagi saudaramu. Dia beritahu saya apa yang nak dibuat. Dia hanya menulis arahan, tekan beberapa butang dan siaplah. Jadi sekarang saya melakukan itu. Saya sangat gembira dengan itu. (Syukurlah. Sangat bagus.) Masih sangat lambat tapi lebih baik daripada saya perlu memeriksa sekali lagi, dua kali. (Ya, Guru.) Baca tulisan saya sendiri sekali lagi dan berasa jengkel kadangkala kerana sesetengah perkataan sangat jelas. Sesetengah perkataan mungkin tidak tapi sesetengahnya sangat jelas, tapi mereka tetap menaip dengan salah kerana berfikir secara berbeza. Mereka rasa itu apa yang Guru maksudkan. Atau mungkin perhatian mereka dialihkan, tak tahulah, wanita, lelaki, ayam atau apa-apa saja di depan mereka pada masa itu. Mana tahu? Atau si manis. Baiklah. Jadi lebih terkawal sekarang. Saya tak perlu ada orang bergegas di sekeliling saya dan keluar masuk melalui pintu pagar atau pintu saya lagi. Mereka tak boleh masuk ke dalam. Saya sentiasa kunci pintu. Tapi tetap datang dekat dgn pintu pagar, pintu saya – sudah sesuatu yang buruk. Saya tak suka. (Ya, Guru.) Terutamanya sewaktu saya bersuluk. Dah cukup buruk saya perlu bekerja sementara bersuluk dan menghauskan tenaga saya lagi. Saya cuba sebaik yang boleh. (Terima kasih, Guru.) Asalkan badan saya berfungsi. Kadangkala ia tak berfungsi dengan serta-merta apabila roh saya belum… dan saya perlu memaksa diri bekerja. Waktu itulah yang susah. Saya memegang telefon dan pen. Ia asyik tercicir dari tangan saya, macam saya tiada genggaman. Tiada apa-apa yang tak kena dgn saya. Saya sihat. (Ya. Syukurlah.) Cuma lebih tinggi kita menaik, kadangkala macam itu. (Ya, Guru.) Badan tak berfungsi dengan begitu baik seperti sewaktu roh ada di sini. (Ya, Guru.)

Baiklah. Ada soalan lagi? (Tiada soalan lagi, Guru.) Baguslah! Tiada soalan ialah soalan yang baik. ( Terima kasih atas masa Guru. ) (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) Terima kasih kerana tanya soalan yang bijak. Saya suka itu. Ia akan beri manfaat kepada saudara-saudara lain juga. (Ya, Guru.) Dan mungkin satu atau dua orang luar jika mereka ada masa untuk lihat, jika mereka mengambil berat. Itu suatu manfaat. Meskipun mereka tak tahu akannya, jika mereka tak lihat, ada tenaganya juga. Tiada apa-apa adalah tersembunyi. Apa-apa yang kita katakan akan kekal berada di dalam udara, kekal berada di dalam air, kekal berada di dalam pokok, kekal berada pada rumput, di dalam tanah, mana-mana saja. (Wau!) Mungkin suatu hari nanti, ahli sains akan dapat menangkapnya. (Wau!) Kemudian kita dapat dengar Nabi Isa sendiri berkhutbah kepada kita. (Mengagumkan.) Atau kita dapat dengar kata-kata Buddha dalam bahasa-Nya yang kita tak faham. (Wau!) Tapi mana tahu? Mungkin kita akan buat begitu. Mungkin sehingga waktu itu, manusia telah berevolusi dengan cukup utk mengetahui semua itu, untuk memahami ajaran Guru-guru. Maka saya akan bebas selama-lamanya. (Wau!) Maka saya tak perlu kembali lagi. Mungkin saya tak kembali lagi kali ini. Terlalu susah (Ya, Guru.) nak ajar orang. Dan jika mereka berbuat jahat terhadap kita, mereka dapat karma buruk. Saya perlu bersembunyi di mana-mana pun, kamu tak faham. Sekarang saya lebih berani daripada dulu. Tapi dengan kamu semua, saya lebih relaks dan diilhamkan untuk bercakap. Dulu ke mana-mana pun saya pergi, saya hanya memakai pakaian yang sangat biasa seperti semua orang yang lain supaya tak menonjol. (Ya, Guru.) Saya bercakap tentang teman lelaki, teman wanita, tentang filem. Tentang, “Oh, dahsyatnya inflasi!” Tentang pasar raya, “Mengapa mereka jual benda sebegini?”

Baiklah. Bagus. Saya juga telah siapkan kerja saya. Hari ini tiada banyak pembetulan yg nak dibuat dan tak banyak penulisan. Semalam. Banyak. (Terima kasih.) Kerana saya perlu menulis sesuatu untuk kamu (Ya, Guru.) dan membuat pembetulan juga. Saya bersyukur apabila pada sesetengah hari ada kerja yang kurang untuk dibuat. Ini bermakna kamu telah bertambah baik dari segi intelek dan rohani. Kamu berfikir dengan lebih jelas, kurang gangguan, kurang sampah dalam otakmu. (Ya, Guru.) Kurang halangan daripada kuasa negatif dan saya sangat gembira. Jadi terima kasih, semua, kerana buatnya menjadi lebih baik. (Terima kasih, Guru. Terima kasih atas berkat Guru.) Adalah lebih baik juga sekarang ini kita lebih terurus seperti penyunting junior diperiksa oleh penyunting senior, misalnya macam itu. Sebelumnya saya sendiri buat segalanya (Oh!) dan begitu banyak. Saya berasa saya tak tahu berapa lama saya boleh hidup. Begitu teruk. Begitu meletihkan dan menghauskan. (Ya.) Tapi sekarang kita uruskan dgn lebih baik dan semua orang bantu semua orang. Tak seperti sebelumnya. Sekarang penyedia sari kata pun bantu menyunting. (Ya.) Jadi ia berjalan dengan lebih lancar dan kurang tekanan bagi semua orang sekarang. Dah tentu, kita hilang beberapa orang. Sesetengah orang datang, rindui kampung halaman atau sesuatu dan tinggalkan sini. Atau sesetengah orang kata dia perlu pulang untuk belajar. Saya kata, “Ya, dah tentu, kamu nak mempelajari anatomi wanita, kan?” Dia dah berusia hampir 40 tahun. (Oh!) Dia ada dua orang anak. Dah bercerai, misalnya. Apa lagi yang dia nak belajar? Tidak, dia kata dia perlu balik ke sekolah. Saya berfikir, “Ya, dah tentu.” (Oh!)

Jadi tiada apa-apa lagi. Semoga kamu semua sejahtera. Semoga mana-mana saudaramu yang dengar, semoga anda semua sejahtera. Semoga semua orang baik di luar sejahtera, sesiapa saja yang dengar. (Terima kasih, Guru. Semoga Guru sejahtera.) Semoga kasih sayang Tuhan sentiasa dirasai oleh hatimu. Semoga bimbingan Tuhan sentiasa diingati supaya kamu sentiasa berbuat baik dan beri manfaat kepada orang lain. Amin. (Amin.)

Saya dah beritahu kamu tapi saya nak beritahunya dalam rakaman bahawa saya amat tersentuh dan berterima kasih atas kehadiran, dedikasi wanita dan kesanggupan kamu bekerja untuk bantu dunia ini dan secara peribadi, dah tentu, bantu saya dalam impian saya. Saya sangat mengagumi pendirian idealis dan semangat kamu. Saya sangat berterima kasih. Hanya nak beritahu kamu, berterima kasih kpd kamu semua kerana berada di sini untuk bersama saya. Maksud saya bersama kami di planet ini pada waktu perlu dan susah ini. Semoga Tuhan rahmati kamu selama-lamanya. Saya pasti Tuhan akan rahmati kamu selama-lamanya, tapi ini hasrat saya untuk kamu semua. Dah tentu, saya juga berterima kasih kepada lelaki yang juga bekerja bersama kita. Ya, sama juga. Cuma kebetulan saya bercakap dengan kamu hari ini, jadi saya hanya berkata tentang wanita, tetapi lelaki juga. Saya amat berterima kasih. Semoga Tuhan rahmati kamu semua selama-lamanya dan juga rahmati mana-mana saja kakitangan Supreme Master Television di seluruh dunia. Kasih sayang saya bersama anda selama-lamanya dan Tuhan sentiasa rahmati anda. Terima kasih. Terima kasih, terima kasih.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/9)
1
2020-06-29
20982 Tontonan
2
2020-06-30
15801 Tontonan
3
2020-07-01
28309 Tontonan
4
2020-07-02
13894 Tontonan
5
2020-07-03
10967 Tontonan
6
2020-07-04
10688 Tontonan
7
2020-07-05
12240 Tontonan
8
2020-07-06
10791 Tontonan
9
2020-07-07
11508 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android