Cari
Bahasa Melayu
 

BERITA PERDAMAIAN DI SELURUH DUNIA - Bahagian 22

2022-06-03
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Januari 2022

Armenia dan Turki adakan rundingan pusingan pertama, secara rasmi melancarkan proses untuk menormalkan hubungan lepas ketegangan selama berdekad-dekad.

Bertemu buat kali pertama sejak 2010, kedua-dua pihak Greek dan Turki Suruhanjaya Ekonomi Bersama mengekspresikan hasrat mereka untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan antara dua buah negara itu.

Dalam lawatan rasmi yang pertama oleh ketua negara Israel ke Emiriah Arab Bersatu, Presiden Israel disambut oleh putera mahkota Abu Dhabi, mempererat hubungan dua negara itu sbg sebahagian drpd Perjanjian Damai Persetujuan Abraham 2020 yang ditengahi oleh Amerika.

Selepas hampir tiga dekad, Arab Saudi dan Thailand bersetuju dengan pengembalian ke hubungan diplomatik normal dengan rancangan utk melantik duta dan selesaikan masalah yg belum diselesaikan.

Februari 2022

Armenia dan Turki mulakan semula penerbangan sewa khas selepas terhenti selama dua tahun dalam usaha utk menormalkan hubungan.

Perdana Menteri Israel membuat lawatan bersejarah ke Bahrain berikutan terjalinnya hubungan diplomatik pada 2020 dengan Perjanjian Damai Persetujuan Abraham 2020 yang ditengahi oleh Amerika.

Mac 2022

Kerajaan Chad dan 44 kumpulan penentang bersenjata mengadakan rundingan damai awal di Qatar, mengambil langkah pertama untuk akhiri konflik selama berdekad-dekad.

Menteri luar negeri Mesir dan Qatar menubuhkan jawatankuasa bersama untuk lanjutkan kerjasama dalam semua bidang berikutan pemulihan hubungan pada 2021.

Barisan Pembebasan Rakyat Tigray bersetuju dengan pengisytiharan damai sementara kemanusiaan serta-merta tanpa had masa kerajaan Ethiopia untuk mempercepat penghantaran bantuan kecemasan ke kawasan Tigray.

Kerajaan Niger memulakan dialog dengan kumpulan bersenjata dengan menghantar utusan dan menyambut ahli kumpulan di istana presiden dalam usaha untuk membawa keamanan kepada negara.

Pakistan menunjukkan kesabaran dan bukan membalas selepas misil tanpa peledak India jatuh di tanah Pakistan, khabarnya secara tidak sengaja.

April 2022

Dalam pertemuan yang ditengahi oleh Majlis Eropah, pemimpin Armenia dan Azerbaijan bersetuju untuk memulakan rundingan damai bagi menyelesaikan konflik selama berdekad-dekad.

Selepas pendudukan selama sembilan bulan, Barisan Pembebasan Rakyat Tigray berundur dari Afar, Ethiopia sebagai sebahagian daripada damai sementara dengan kerajaan negara itu.

Iran dan Arab Saudi mengadakan rundingan positif pusingan kelima sejak 2021 untuk memulihkan hubungan dua hala mereka.

Dua orang pemimpin Korea melakukan balasan surat yang jarang untuk mengekspresikan harapan optimistik mereka terhadap masa depan Korea.

Semasa lawatan ke Maghribi, Perdana Menteri Sepanyol bertemu dengan rakan sejawat Maghribi apabila dua buah negara itu menjalin semula hubungan diplomatik dan mulakan semula perjalanan laut penumpang antara pelabuhan mereka.

Pemimpin Sudan Selatan bersetuju untuk mewujudkan perintah angkatan tentera bersatu yang dianggap sebagai suatu syarat penting perjanjian damai 2018.

Presiden Turki bertemu dengan raja Arab Saudi dan putera mahkota untuk memperbaik hubungan.

Pihak penentang Yaman menyetujui damai sementara selama dua bulan yang ditengahi oleh PBB. Bagi menyokong usaha PBB, Presiden Yaman juga memindahkan kuasanya kepada majlis presiden yang baru ditubuhkan. Ketuanya berjanji akan mengakhiri konflik melalui proses damai menyeluruh.

Terima kasih kepada kalian yang terlibat dalam proses pembuatan perdamaian. Semoga Tuhan melimpahi kalian dengan kasih sayang dan rahmat.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi SupremeMasterTV.com‍/scrolls

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (22/24)
11
Filem Pendek
2019-11-03
2741 Tontonan
12
Filem Pendek
2019-12-14
2645 Tontonan
13
Filem Pendek
2020-04-17
2246 Tontonan
14
Filem Pendek
2020-04-17
2626 Tontonan
15
Filem Pendek
2020-05-31
2213 Tontonan
16
Filem Pendek
2020-09-01
2408 Tontonan
17
Filem Pendek
2020-11-25
2589 Tontonan
18
Filem Pendek
2021-03-05
2538 Tontonan
19
Filem Pendek
2021-06-07
2814 Tontonan
20
Filem Pendek
2021-10-16
2391 Tontonan
21
Filem Pendek
2022-02-02
2589 Tontonan
22
Filem Pendek
2022-06-03
2551 Tontonan
23
Filem Pendek
2023-04-03
2053 Tontonan
24
Filem Pendek
2023-11-02
1973 Tontonan