Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Letupan Mini untuk Membaharui Dunia Ini, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Ada cara lain kita dapat membaharui dunia ini tanpa begitu banyak kematian dan kemusnahan. Namun begitu, ini perlukan sangat banyak kerja. […] Macam ini: Nombor 1, pertama sekali, Guru – sesiapa saja yang nak buat kerja macam ini, perlu mati. Tapi jika Guru ini cukup berkuasa, maka Dia dapat hidupkan diri sendiri semula lepas seketika dan hampir seperti dilahirkan semula, kelahiran dibaharui. Kemudian selepas itu, Dia boleh gunakan lebih banyak kuasa kuat untuk mengubah dunia. Tetapi bukan macam itu. Kita perlu memperhitungkan karma planet ini yang sangat, sangat besar, tidak terhad.

Salam sejahtera, anda semua, anak Tuhan yang paling menawan, dikasihi. Berdoa kepada Yang Maha Berkuasa agar Berkati anda! Khutbah ini, saya dapati lebih sukar daripada kebanyakan khutbah lain yang saya berikan sebelumnya. Saya tak tahu mengapa. Saya belum ada masa untuk tinjaunya. Saya cuma harap saya dapat lakukannya hingga akhir walaupun saya telah sediakannya, lebih banyak mengkaji alam semesta yang tak diketahui. Ini mengambil sedikit masa tetapi hingga saat akhir tetap sukar untuk cuba buatnya menjadi bentuk kata-kata terungkap. Sekarang saya berdoa dan cuba. Saya masih cuba. Dah banyak kali saya rakamkannya tetapi sedikit saja, kemudian tak dapat teruskan. Saya padamkannya. Mungkin kerana saya teragak-agak utk dedahkan ini sebelumnya utk seketika. Saya perlu lakukannya sekali lagi, berkali-kali. Berharap kali ini boleh.

Okey, masih ingat kita bercakap tentang membuat dunia ini menjadi syurga sebelumnya? Saya berkata bahawa itu macam mustahil kerana tiada seorang Guru pun yang dapat buat begitu. Tetapi baru-baru ini saya teringat bahawa ada satu cara kita dapat hidupkan semula dunia ini. Maksud saya membaharui atau hidupkan semula – bermakna buatnya berbeza dengan sekarang dan kita dapat selamatkan dunia ini tetapi ada satu syarat yang sukar. Saya akan beritahu anda itu di penghujung. Jika syarat itu dipenuhi… Ia tak banyak sebenarnya, cuma sukar kerana manusia tidak mahu berubah, itu saja, dgn permintaan yg sangat kecil: menjadi vegan.

Baiklah, sekarang. Ada satu cara untuk hidupkan semula dunia ini tetapi tak begitu mudah seperti yang anda bayangkan. Macam, “Guru ada kuasa besar, boleh hanya lambaikan tangan atau berkata ‘hula hoop’ – sesuatu mantera – kemudian siaplah.” Bukan macam itu. Namun begitu, ia dapat dilakukan. Macam ini: Ada dua cara untuk membaharui dunia ini. Yang pertama ialah cara yang kebanyakan daripada kita dah tahu: dunia ini akan dimusnahkan. Maksud saya, populasi dunia akan hampir semuanya dimusnahkan. Mungkin sangat sedikit yang tertinggal, seperti 5% daripada populasi atau malah kurang. Kemudian mereka akan mulakan semula, seperti Zaman Batu atau zaman lama dahulu.

Ada satu lagi cara kita dapat membaharui dunia ini tanpa begitu banyak kematian dan kemusnahan. Namun begitu, ia perlukan sangat banyak kerja. Saya akan beritahu anda sebanyak yang saya boleh dan sebanyak yang dapat anda faham. Macam ini: Nombor 1, pertama sekali, Guru – sesiapa saja yang nak buat kerja macam ini, perlu mati. Tetapi jika Guru ini cukup berkuasa, maka Dia dapat hidupkan semula diri sendiri lepas seketika dan hampir seperti dilahirkan semula, kelahiran dibaharui. Kemudian selepas itu, Dia boleh gunakan lebih banyak kuasa kuat untuk mengubah dunia ini. Tetapi bukan macam itu. Kita perlu memperhitungkan karma planet ini yang sangat, sangat besar, tidak terhad. Ya Tuhan, anda tak dapat bayangkan berapa besar karma yang telah dikumpulkan sejak sangat lama dahulu, sejak waktu kita tak ingat pun. Sebab itulah sekali-sekala kita ada pandemik, epidemik, peperangan, kebuluran, bencana alam atau bencana buatan manusia untuk mengurangkan populasi planet ini. Orang mati, menderita, menjadi cacat atau hilang upaya. Banyak kejadian berlaku kepada banyak orang, dan kematian juga, dah tentu. Kemudian karma dunia ini akan menjadi kurang sikit, jadi kita terselamat dan terus hidup. Tetapi kita terus membuat karma yang serupa lagi secara berulangan. Kemudian ia akan bertimbun sampai suatu masa ia meletus dalam bencana, penyakit, wabak, peperangan, kebuluran dan sebagainya seperti yang kita dapat lihat hari ini, cemas dan terdesak. Jadi kelihatan macam dunia ini akan berakhir – memang begitu.

Kita lihat ada berapa banyak orang terus mata yang ada keupayaan ini untuk meramalkan masa depan, seperti Nostradamus, contohnya, Baba Vanga dan banyak orang lain yang kita cuba kaji, kumpulkan, kemudian siarkan di Supreme Master Television kita. Anda akan tanya saya mengapa mereka sentiasa ramalkan dunia ini akan berakhir, akan datang tak lama lagi pada zaman mereka tetapi ia masih belum berakhir. Ia berakhir apabila tiba masanya.

Cuma kerana orang yang terus mata ini nampak visi ketika berhubung dengan Syurga Tinggi. Masa di Syurga dan masa di planet kita adalah berbeza. Satu saat, satu minit di sana bolehlah seratus tahun di Bumi kita. Jadi jangan berkata bahawa mereka tak meramal dengan betul. Mereka betul. Cuma kita perlu bersyukur atas Rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa; Guru Tertinggi yang Pengasih serta semua Santo dan Orang Suci berbelas kasihan yang berikan Pahala dan Berkat besar untuk mengekalkan dunia kita hingga sekarang. Jika tidak, kita telah hilang. Tiada apa-apa pun yang akan tertinggal. Sebaliknya, ada tahap kemusnahan yang kurang serta bilangan kematian manusia dan orang-haiwan, dan kemusnahan lain yang kurang. Anda dapat lihatnya dengan jelas sekali. Kami ada cuba paparkannya di Supreme Master TV kami. Lihatlah itu dan anda akan tahu apa maksudnya.

Syukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana saya dibuat untuk teringat akan kaedah menyelamatkan dunia kita ini. Kaedah ini melibatkan kematian Guru – sama ada sepenuhnya jika gagal atau sementara saja, untuk seketika dan Guru hidup semula. Selepas Guru hidup semula, maka Guru lebih berkuasa. Kemudian oleh sebab kematian Guru akan menghapuskan sebahagian daripada karma, jadi Dia dapat hidup semula dan menjadi lebih berkuasa untuk meneruskan cara ini, kaedah ini bagi menyelamatkan manusia dan Bumi. Senang untuk kata – bukan senang untuk dibuat, disempurnakan.

Baiklah, saya akan buatnya ringkas dan mudah. Sebabnya semua Guru datang dan tak dapat hidup semula atau selamatkan dunia ini adalah kerana itu bukan ‘hari kiamat’ – tak seperti kali ini. Semasa Guru di planet ini, Mereka juga perlu memikul karma dunia ini. Itu sangat, sangat berat. Buddha berkata bahawa ia boleh menutupi seluruh angkasa dan anda tahu berapa luasnya angkasa. Jadi biasanya apabila Guru wafat, karma dunia akan hilang kerana Mereka menyerapnya ke dalam diri sendiri ketika masih hidup untuk menaikkan manusia.

Jadi apabila Guru wafat, karma itu takkan wujud lagi bersama Guru kerana Guru tiada badan, minda dan otak lagi untuk menyimpan karma dunia itu. Apabila Guru wafat, ini bermakna karma hilang. Jika Guru hidup semula, hidup kembali, maka pada masa itu, karma belum bertimbun balik, jadi Guru dapat hidup semula dan membaharui hubungan dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa, dengan Guru Tertinggi untuk mengisi semula semua Kuasa Guru. Kemudian Guru itu dapat gunakan Kuasa tersebut untuk membaharui dunia ini.

Saya dah kata, khutbah ini sangat sukar, sangat sukar. Sukar nak kata walaupun saya dah tahu akan segalanya, sukar untuk mengungkapkannya. Ini bukan subjek yang senang. Cubalah faham. Tetapi itu bukan Guru seorang saja. Guru perlu bekerja dengan sistem karma dan melakukannya secara rahsia. Raja Karma pun tak dapat mengetahui itu – tak dapat tahu bahawa karma dunia ini akan disingkirkan. Saya akan buatnya ringkas.

Selepas karma telah disingkirkan, ia akan dikunci di halaman. Saya tak tahu macam mana panggil itu. Ia bukanlah sebuah planet. Ia bukanlah halaman seperti halaman belakang atau halaman depan anda tetapi ia dipanggil ‘halaman’. Ia tak dipanggil sebagai planet. Halaman itu, bergazilion-gazilion kali lebih besar daripada planet ini, dan berzilion-zilion tahun cahaya jauhnya dari dunia ini. Halaman itu tiada pokok atau apa-apa pun sebagaimana yang kita ada di halaman belakang kita. Ia rata. Ia tidak bulat seperti planet ini. Anda boleh panggilnya ‘halaman pasir’ jika mahu tetapi bergazilion-gazilion kali

lebih besar daripada planet ini. Halaman itu, jika anda dapat lihat, ia dilitupi pasir. Ia kelihatan seperti pasir dan berwarna seperti mutiara. Ia tiada apa-apa yang lain di atasnya. Halaman itu, begitu jauh dari sebarang planet dan galaksi yang lain, boleh dikunci selama-lamanya. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Tiada orang yang dapat bukanya. Sebenarnya, memetik kata-kata Baginda Raja Karma: “Tiada orang yang dapat bukanya dengan kunci.” Itu bukan kata-kata saya. Kunci bagi itu, saya takkan beritahu kamu siapa simpannya atau di mana. Meskipun kita bunuh penjaga kunci itu, ia takkan membantu. Jadi saya bukan takut akan itu, cuma ia tak dibenarkan untuk diberitahu.

Sekarang, selepas karma telah disingkirkan dan disimpan di halaman itu, maka dunia adalah bebas buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi lebih tetap dan memenuhi keperluannya, syaratnya yang saya beritahu anda tadi. Sekarang masih belum memenuhi standard itu tapi sekurangnya kita ada harapan besar terhadap masa depan.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/3)
1
2023-11-27
24322 Tontonan
2
2023-11-28
19515 Tontonan
3
2023-11-29
21334 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android