Cari
Bahasa Melayu
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 3 daripada 12

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Sebenarnya, diinisiasi hari ini tak bermakna setelah selesai, semua orang berada di peringkat yang sama. Bukan semua orang menjadi guru agung dengan serta-merta. Ada banyak tahap makrifat. Ini bergantung kepada latar belakang atau pengalaman masa lalu kita. […]

Lagi rajin kita dalam amalan spiritual lagi bermakrifatnya kita. Oleh itu, seperti yg diajarkan oleh Guru, ada banyak tahap makrifat, dari tahap terendah hingga ke tahap tertinggi yang kita panggil peringkat Buddha. Ini ialah makrifat di tahap sempurna. Setiap orang akan habiskan jumlah masa yang berbeza untuk mencapainya. Buddha habiskan masa beramal selama kira-kira enam tahun untuk capai peringkat Buddha. Banyak Guru agung di dunia ini yang kita dengar sebagai Guru agung menghabiskan jumlah masa beramal yang berbeza-beza untuk mencapai puncak ini. Kita adalah begitu juga. Katakan kita tahu akan cara beramal, ada hubungan langsung dan memahami prinsip yang akan bantu kita menaik, maka akhirnya kita boleh berjaya. […]

Sebenarnya, keupayaan untuk capai peringkat Buddha, seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Buddha sendiri, adalah inheren dalam diri setiap daripada kita. Kita boleh kata bahawa kita semua miliki Kuasa ini dan berkeupayaan untuk capainya. Oleh itu, banyak anak murid Buddha dapat memperoleh makrifat selepas belajar secara langsung dengan Buddha sendiri. Oleh itu, dalam usaha ke arah matlamat tertentu yang kita tetapkan, adalah penting adanya Guru atau mentor agung untuk membimbing dan menasihati kita tentang cara meneruskannya […]

Tujuan atau prinsipnya ialah transmisi Dharma (Ajaran Sebenar). Transmisi Dharma ini ialah transmisi tanpa menggunakan bahasa, tanpa menggunakan kata-kata. Oleh itu, ia merupakan meditasi. Kemudian Guru akan bantu buka minda kita untuk melihat ini. Guru bandingkan inisiasi dengan menyedari bahawa kita sudah miliki Harta Karun. Kita adanya dalam tangan kita dan di dalam diri kita tetapi kita tak tahu di mana. Mungkin ia di dalam bilik, terkunci di dalam. Kita tak pernah keluarkannya untuk digunakan. Peranan Guru bukanlah hanya berikan Kuasa atau pengaruh tetapi membimbing kita untuk menjadi bermakrifat. […]

Photo Caption: Vivendo a Vida com o Coração Aberto Feliz!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/12)
1
Kata-kata Hikmah
2024-09-16
2695 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2024-09-17
1797 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2024-09-18
1811 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2024-09-19
1785 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2024-09-20
1898 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2024-09-21
2623 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2024-09-23
1860 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2024-09-24
1809 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2024-09-25
1643 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2024-09-26
1702 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2024-09-27
1738 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2024-09-28
1764 Tontonan