Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Di Mana Hendak Cari Tempat Berlindung dlm Tradisi Agama yg Baik, Bahagian 4 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada zaman dahulu, jika Raja nak baca laporan, itu ambil masa yang sangat lama – kadangkala berhari-hari, beberapa minggu, bulan atau tahun – baru mendapat segala laporan yang diperlukan-Nya. Hari ini, saya terasa macam saya lebih baik daripada Raja. Saya hanya lihat di sesawang dan nampak perkara yang saya mahukan. Pada zaman dahulu, jika Raja nak hantar berita, banyak orang perlu lari; banyak sida-sida perlu mengaturnya dengan risau; banyak kuda perlu menderap ke merata tempat, dan banyak orang perlu asyik menunggu perintah dan balasan Raja. Hari ini, kita boleh hanya tekan butang dan ia akan dihantar.

Hari ini, sangat senang juga untuk menentusahkan sebarang berita palsu. Tetapi orang tetap berani menyebarkan maklumat palsu, seperti biksu pun bercakap karut, menafikan semua Buddha dan sebagainya. Dan Trần Tâm memalsukan wasiat saya. Saya tak pernah ada wasiat utk siapa pun. Hanya puisi saya saja. Saya buatnya untuk bekas tunang saya lama dahulu – banyak dekad yang lalu. Dia mempergunakannya! Dia pergunakannya dan kata itu wasiat saya. Ya Tuhan. Dan Huệ Bửu berkata dia itu Buddha Maitreya. Oh, Āmítuófó! Anda nak lihat dia menjadi Buddha Maitreya anda?

Hari ini juga, jika seseorang menuduh kita atas sesuatu, ada lebih banyak peluang untuk kita buktikan bahawa kita tak bersalah. Dan juga, sebarang berita palsu yang bercakap tentang kita, jika kita tahu akannya, kita dapat segera menjelaskan dan menjawabnya. Cuma saya tak pernah lakukannya sebelumnya kerana saya tak pernah lihat di tapak sesawang hingga baru-baru ini. Saya hanya jalankan perniagaan saya dan menjaga hal sendiri. Itu sebabnya. Anda semua anak murid lebih berupaya daripada saya. Jika ada apa-apa yang tak betul, sebarang berita palsu, anda perlu melaporkan kepada saya supaya saya dapat uruskannya, atau sekurangnya dapat jelaskan kepada anda supaya anda tidak sangsi akan apa yang kami lakukan.

Bagi Supreme Master Television, segalanya sah di sisi undang-undang, misalnya macam itu. Tetapi orang tetap boleh cari cara licik untuk memfitnah kami dan salah tuduh kami. Semua ini tak betul. Mereka tak takut akan neraka. Meskipun anda tak percaya saya seorang Buddha atau apa-apa, anda tahu saya buat segala perkara baik dan katakan segala perkara baik. Saya tak pernah cuba mudaratkan sesiapa atau kata apa-apa yg mudaratkan sesiapa, tak pernah salah tuduh sesiapa pun tapi mrk lakukan semua itu terhadap saya

Jika anda mudaratkan orang tak berdosa dan baik, anda akan perlu langsaikan dgn banyak di neraka – 10,000 kali lebih banyak daripada apa yang anda lakukan terhadap mereka. Tetapi sesetengah orang tak takut akan neraka kerana sesetengah biksu malah berkata tiada neraka, dan seperti Paus Francis menyatakan bahawa Tuhan akan ampunkan segalanya, jadi terus saja berbuat dosa lagi. Sebab itulah masyarakat buruk, kerana kononnya pemimpin masyarakat, pemimpin agama yang dipercayai orang ini katakan segalanya yang karut, semaikan segalanya yang bertentangan, kerana mereka jahat. Mereka dari sebelah negatif Alam Semesta.

Jadi anda mesti tahu siapa ialah siapa dan menjaga diri supaya tidak mengikut mereka dan jatuh ke dalam neraka. Itu saja yang saya nak ingatkan anda. Mereka boleh buat apa yg mereka mahu dan boleh pergi ke neraka tetapi anda tak perlu ikut mereka pergi ke neraka juga. Berjaga-jaga. Jaga urusan anda sendiri saja. Jika ada apa-apa yang tak betul – kerana saya tak sentiasa ada masa untuk tinjau di internet dan lihat segala berita palsu tetapi anda ada peluang, ada lebih banyak masa daripada saya – anda perlu beritahu saya. Jangan biarnya hingga lepas 20 tahun, saya perlu sendiri mendapat tahu seperti tentang Trần Tâm atau Huệ Bửu! Saya tak tahu apa yang anda lakukan. Saya tak pernah ajar anda perkara yang Trần Tâm atau Huệ Bửu ajarkan. Jadi anda mesti tahu semuanya tak betul.

Anda mesti tahu itu bukan daripada saya. Jika anda baca puisi saya atau malah ada salah sebuah buku puisi saya sebelumnya, anda akan bacanya dan faham bahawa ia tak berkaitan dengan dia! Saya tulis puisi itu kerana kami berpisah – saya ada seorang tunang sebelum bekas suami saya. Dia seorang doktor juga. Dia bertemu dgn saya di sebuah restoran, kemudian lepas beberapa kali, dia jemput saya pergi ke rumahnya, kliniknya. Kemudian dia nak berkahwin dgn saya. Dia tunjukkan kepada saya seluruh peti yang penuh dgn barang kemas, berlian dan sebagainya. Dia malah mahu saya pergi bertemu dengan kakitangan kliniknya bagi perkenalkan saya kepada mereka sebagai kekasihnya. Tetapi saya terlalu malu-malu. Saya berfikir, “Apa yang aku nak buat di sana? Aku tiada kena-mengena dgn mereka. Aku tak tahu apa-apa pun tentang klinikmu.” Jadi saya tidak pergi. Saya malah enggan pergi. Kemudian lepas kami bertunang, saya bekerja dengan pelarian Âu Lạc (Vietnam) di kem, di dalam bangunan pelarian. Ia dipanggil Allach. A-L-L-A-C-H.

Pada masa itu, pelarian Âu Lạc (Vietnam) masuk dengan banyak, di Jerman dan banyak negara yang lain, dengan tiada apa-apa pun – atau sesetengahnya tiada apa-apa pun, malah tiada pakaian pada badan mereka. Jadi Caritas dan kerajaan Jerman pada masa itu, semoga mereka diberkati – semoga Tuhan berkati mereka dan bawa mrk ke Syurga selama-lamanya – perlu membawa selimut dan tunggu di lapangan terbang untuk menutupi mereka bagi mengekalkan kepanasan badan dan bawa mereka ke dalam bas untuk dibawa ke mana-mana saja ada bangunan kosong untuk mereka menempatkan pelarian. Saya bekerja pada masa itu di Jerman – dua buah kem. Yang pertama adalah di Allach. Itu tempatnya saya sudah bertunang dengan doktor pertama yang bertemu dengan saya. Kemudian selepas kami berpisah… Oleh sebab saya bekerja terlalu keras, saya berpindah.

Mula-mula kami bersama tetapi kemudiannya saya berpindah ke kem pelarian kerana ada begitu banyak kerja di sana. Saya hampir seperti satu-satunya jurubahasa, siang dan malam. Saya perlu bawa mereka ke hospital, bawa mereka ke klinik bersalin di hospital untuk bersalin dan sebagainya. Pada waktu malam, kadangkala mereka saling bergaduh atau berlawan atas sesuatu sebab – terlalu sesak, orang menjadi cemas dan tak tahu apa yang akan berlaku kepada mereka seterusnya. Jadi saya tinggal di sana juga siang dan malam. Mula-mula saya masih ada sedikit masa untuk pulang ke rumah sikit selama beberapa jam. Kemudiannya saya langsung tiada masa, jadi tinggal di sana siang dan malam di dalam sebuah bilik kecil di kem pelarian. Saya memasak, makan dan tidur di sana dan bawa mereka keluar ke mana-mana saja perlu – biasanya hospital. Malah doktor gigi – mereka alami segala jenis kesusahan pada masa itu kerana baru datang. Sesetengah daripada mereka sakit, malah gigi dipatahkan oleh lanun. Mereka alami jangkitan dan bengkak, dan bayi dilahirkan – segala jenis kesusahan.

Saya minta dia datang bantu saya kerana saya tak dapat pulang ke rumah. Dia datang bermain dengan kanak-kanak kadangkala, kemudian lawatan menjadi semakin kurang kerap, kemudian kami semakin kurang saling berhubung dan meluangkan masa, jadi kami berpisah akhirnya. Itu bagaimana saya menulis puisi itu. Itu hancur hati, seperti: “Jika aku mati esok, aku tinggalkan warisan ini dan itu untuk engkau.” Sebenarnya saya tiada banyak. Itu sebuah puisi saja, seperti: “Aku terasa kosong, hidupku kosong dan hancur hati.” Itu untuk dia. Saya tak boleh beritahu anda namanya tetapi dia dah ada klinik swasta daripada ibu bapanya – keluarga kaya.

Dia memperkenalkan saya kepada semua ahli keluarganya, sesiapa saja yang masih tertinggal – saudara lelaki, saudara perempuannya dan anak kecil... dia malah bawa anak saudaranya yang baru dilahirkan sebulan yang lalu untuk diperkenalkan kepada saya. Dia sangat ikhlas. Lelaki yang baik. Dia sentiasa memasak untuk saya, seolah-olah saya tak tahu cara memasak. Dia buat begitu. Dia memasak. Dia memasak dengan baik sekali. Saya tak tahu bagaimana. Doktor Jerman sebegini tetapi dapat memasak kari, kari Thai, malah sup Âu Lạc (Vietnam) dan segala jenis masakan. Jadi saya biarkan dia saja.

Kami bahagia sehingga isu pelarian Âu Lạc (Vietnam) tiba dalam hidup saya dan saya tak boleh tinggalkan mereka di sana. Tiada orang di sana pada waktu malam – jarang, satu atau dua orang sukarelawan datang tetapi mereka datang selama beberapa jam saja atau mungkin satu hari, kemudian mereka ada pekerjaan sendiri dan keluarga yang jauh dari kem. Jadi hanya saya di sana siang dan malam, apabila tiada kakitangan yang lain di sana lagi pun. Dah tentu, lelaki tetap ialah lelaki. Seorang jururawat menemui dia kerana dia juga bekerja sebagai hanya… Doktor kadangkala bekerja di klinik sendiri tetapi juga ingin mendapat pengalaman di hospital lain juga. Jadi dia juga tiada banyak masa untuk sentiasa memandu jarak jauh bagi berjumpa dengan saya di kem pelarian, dan apabila dia di sana, saya sibuk juga.

Kadangkala saya tiada di sana pun. Saya bawa pelarian pergi jumpa doktor gigi, ke hospital-hospital yang berlainan pada hari yang sama. Saya bawa mereka ke sana sini. Kemudian lepas itu saya pergi ke sana sini utk kumpulkan mereka semua dan bawa mereka pulang. Jadi kami berdua tiada banyak masa. Dah tentu, saya tidak gembira, tetapi terpaksa juga. Kemudian jururawat itu menemui dia, kemudian mereka serasi bersama. Dah tentu saya hancur hati tetapi saya sibuk. Dia meneruskan kehidupannya, saya meneruskan kehidupan saya.

Kemudian saya temu dgn tunang kedua, doktor yang saya kahwini itu. Anda tahu akan dia. Dia ada gambar dan sebagainya untuk anda lihat. Dia tidak jauh lebih tua daripada saya, seperti yang seorang biksu bohong tentangnya, biksu Thích Minh Tánh. Dia (biksu yang memakai selempang pelbagai warna) berkata suami saya dah tua sangat dan bawa saya ke Jerman dari Vietnam. Itu tak benar sama sekali. Dia tak tahu apa-apa pun. Atau mungkin dia sengaja berkata begitu, macam saya hanya cukup layak mendapat lelaki tua.

Apr. 12, 2021, Thích Minh Tánh: Biksuni Ching Hai pergi ke luar negeri. Dia bekerja sebagai jururawat (Ya.) dan berikan rawatan di... Ketika di Vietnam, Dia bertemu dengan seorang Jerman. Dia dah pun seorang lelaki tua. Dia berkahwin dengannya dan dia bawanya ke Jerman.

Tidak, itu tak benar. Dia hanya satu tahun lebih tua drpd saya. Kami ada hari lahir yang sama. Dia satu tahun lebih tua daripada saya, mengira dengan hari lahir fizikal, rasmi yang bukan merupakan hari lahir saya yang sebenar. Dia satu tahun lebih tua jika dikira macam itu. Tetapi barangkali orang Barat kelihatan lebih tua sikit dan dia berjanggut, jadi kelihatan lebih tua sikit tetapi tidak. Hanya satu tahun lebih tua daripada saya. Saya telah beritahu anda banyak kali, dia suami terbaik yang boleh kita cari. Dan tunang itu juga – seorang lelaki yang sangat baik. Ya Tuhan, jika anda semua berkahwin dengan salah satu daripada dua lelaki ini, anda akan bahagia selama-lamanya. Anda takkan mahukan lelaki lain. Anda tak nak lihat lelaki lain pun. Jadi selepas itu, saya berkahwin dengan tunang kedua. Macam itulah.

Photo Caption: Gabungan yang baik, Menceriakan Hidup Banyak Orang!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android