Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, jika anda lihat di internet, anda lihat begitu banyak kononnya guru spiritual mendakwa diri bermakrifat penuh atau sebagai Buddha atau Guru Ji ini, Satguru itu tetapi mereka tiada sebarang kuasa untuk menaikkan roh manusia daripada kancah kejahilan dan sifat beracun muslihat dan perangkap Mara.Sekarang saya beritahu anda, jika anda nak mendakwa diri sebagai Buddha atau Guru bermakrifat penuh yang benar-benar agung, anda mesti ada tiga kuasa: Pertama, mengetahui Syurga dan neraka. Kedua, maha berkuasa, maha wujud, maha mengetahui, bermakna ada Badan Multidimensi yang tidak terkira. Ketiga, ada Kebijaksanaan sempurna yang Tiada Bandingannya di sini dan di luar dunia ini. Semua ini dan lebih banyak Kuasa menakjubkan mesti disahkan oleh anak murid anda di merata tempat di dunia sebagai hasil amalan meditasi mereka yang anda ajarkan!Pertama sekali, anda mesti tahu neraka di mana. Anda mesti tahu Syurga di mana. Anda mesti dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya kononnya anak murid anda sendiri dari neraka dan bawa mereka ke Syurga, atau sekurang-kurangnya berikan kelahiran semula seterusnya kpd mereka sebagai manusia berstandard tinggi. Anda perlu tahu Syurga di mana supaya anda dapat bawa kononnya anak murid anda ke sana untuk hidup dalam ketenangan, keceriaan, kebahagiaan dan pembebasan selama-lamanya. Anda perlu tahu neraka di mana, Syurga di mana. Hingga kini, saya tak nampak mana-mana kononnya guru spiritual kontemporari mengetahuinya.Satu lagi kuasa adalah anda perlu ada badan multidimensi, sama ada jelmaan badan Cahaya atau badan fizikal, atau badan-badan yang berlainan di alam-alam spiritual yang berlainan untuk terus membimbing pengikut anda, anak murid anda ke alam-alam yang semakin tinggi jika mereka masih merangkak di alam yang lebih rendah. Jika anda ingin berkata bahawa anda ada banyak ribu anak murid atau banyak ratus ribu anak murid, anda mesti tahu bagaimana bimbing mereka, bagaimana naikkan mrk sekrg dan pada masa depan, sekurang-kurangnya ke atas tiga alam yang boleh musnah – okey? – bagaimana berada di sisi mereka, sentiasanya, 24 jam setiap hari. Hingga hari mereka meninggalkan dunia fizikal dan selepas itu, anda masih bertanggungjawab atas perkembangan spiritual mereka di Syurga yang lebih tinggi jika mereka belum capai pembebasan sepenuh dalam hayat ini, atau sementara berada di Syurga yang lebih tinggi sikit daripada Bumi selepas mereka meninggalkan dunia fizikal ini.Kuasa ketiga adalah anda perlu ada kebijaksanaan untuk mengajar kononnya anak murid anda. Anda perlu mengenali Tuhan baru dapat memiliki kebijaksanaan sebenar, bukan hanya blah, bleeh, bleeh, blah, baca buku yang ditinggalkan oleh Buddha, Santo dan Orang Suci masa dahulu.Jadi anda perlu ada tiga kuasa ini, iaitu anda perlu tahu Syurga dan neraka di mana. Kedua, anda perlu maha wujud, maha berkuasa, maha mengetahui supaya anda dapat bantu anak murid pada bila-bila di mana-mana saja perlu. Ketiga, anda perlu ada kebijaksanaan sempurna untuk membimbing, mengajar dan membuka pengetahuan anak murid supaya mereka dapat beransur-ansur bantu diri sendiri.Sekarang, terlalu banyak kononnya guru spiritual tiada apa-apa seperti itu. Mereka hanya mengulang apa yang mereka baca daripada buku atau meniru ajaran Guru. Itu pun jika mereka mendapat kebenaran Guru itu untuk mengajar, atau meniru Mereka dengan menggunakan nama Guru, apalagi mereka gunakan nama sendiri. Itu akan bawa malapetaka besar kepada kononnya guru spiritual itu.Mereka yang mendakwa diri sebagai guru spiritual agung, Guru ji, Satguru atau seumpamanya tetapi tiada tiga kuasa yang diperlukan ini untuk menyelamatkan orang, menyelamatkan anak murid atau/dan saudara-mara mereka dari neraka, tiada kuasa yang mencukupi untuk menaikkan anak murid ke alam yang lebih tinggi dan tiada Kebijaksanaan Buddha atau Tuhan untuk mengajar anak murid – mereka semua akan pergi ke neraka api besar yang membakar tanpa henti utk masa yg sangat panjang, minimum selama beribu-ribu zilion kalpa.Kita boleh kata itu bereon-eon, tak terkira… jangka hayat manusia yang tak terkira. Kita tak dapat kira dgn begitu tepat pun. Seperti dalam agama Hindu, ada dijelaskan bahawa satu kalpa adalah kira-kira 4.32 bilion tahun Bumi. Itu hayat Brahma. Tetapi hayat Brahma bermakna tempoh di mana satu ciptaan yang wujud dimusnahkan daripada kewujudan dan tempoh seterusnya, tempoh cipta semula yang seterusnya akan bermula. Tetapi ada tempoh rehat selama-lamanya di antaranya! Jadi itu masa yang sangat panjang.Jadi jika dalam masa satu kalpa kita tidak tamatkan tempoh tinggal sementara di sini dengan damai, baik dan bermoral, mengikut Rancangan Tuhan dan tempoh Limpah Kurnia Tuhan, maka kita perlu tunggu untuk masa yang sangat panjang hingga satu kalpa berakhir dan kalpa lain bermula. Tetapi jika anda berada di neraka selama beribu-ribu zilion kalpa, maka anda boleh kata itu selama-lamanya. Sebab itulah neraka ini dipanggil neraka tanpa henti, Avīci. Avici ialah neraka tanpa henti. Ia tak pernah berhenti menghukum. Ia tak pernah berhenti membakar anda. Anda boleh menjerit atau kadangkala tak dapat jerit pun tapi kesakitannya adalah selama-lamanya Tiada sesiapa yang dapat bantu anda di neraka sebeginikecuali Guru agung berkuasa besar sekali yang boleh gunakan anak murid-Nya atau Dia sendiri pergi ke sana utk bantu anda, atau gunakan Kuasa untuk hantar Cahaya ke dalam neraka untuk bantu anda. Itu peluang yang sangat tipis. Jadi saya memang harap, walaupun bagi saya adalah dahsyat memberitahu anda semua ini, namun saya harap ini akan bantu anda jadi sedar dan selamatkan roh anda sebelum terlambat. Berdoalah kpd Tuhan, memuji Tuhan, bersyukur kpd Tuhan, berdoa kpd Guru, memuji Guru dan berterima kasih kepada Guru di semua arah pada semua zaman supaya bantu roh anda. Tiada orang lain yang dapat lakukannya.Pada tempoh masa ini, hanya orang mulia dapat diselamatkan. Seperti yang saya dah kata, makan daging orang-haiwan pun, terlibat dalam peperangan pun, tetapi jika anda rendah diri, jika anda bertaubat dan memohon Ampun Tuhan, anda masih boleh diselamatkan oleh Guru agung yang wujud semasa hidup anda. Tetapi jika anda jahil, mempersendakan Tuhan dan menyamakan semua Buddha, Guru agung semua zaman dengan status buta anda yang rendah, mementingkan diri, tamak serta diri anda yang jahil dan seperti neraka, disebabkan tamak akan kemasyhuran dan untung, anda mendakwa diri sebagai Guru sedangkan anda tak dapat buat apa-apa pun untuk pengikut, maka anda akan pergi ke neraka selama banyak ribu zilion kalpa. Bayangkan, mana boleh anda tahan? Jadi tolonglah sedar, berpatah balik, bertaubat. Berdoa kepada semua Guru agar bantu anda. Berdoa kpd Tuhan agar ampuni anda. Guru spiritual palsu, selepas berada di neraka untuk masa yang tak terkira dan tak terhad, jika berpeluang untuk dilahirkan semula, mereka takkan diberi hormat untuk berada dlm badan manusia tetapi akan dilahirkan semula sebagai syaitan.Sekarang, itu lebih kurang sesuatu angka tetapi ada lebih daripada itu. Dalam agama Buddha atau agama Hindu pun, ada banyak peringkat kalpa yang berlainan. Peringkat kalpa tertinggi adalah 1.3 trilion tahun Bumi. Jadi anda boleh pilih satu. Ada yang minimum, sesetengahnya bersaiz sederhana dan sesetengahnya yang tinggi seperti yg itu tetapi kita tak nak teruskan macam ini kerana itu bukan angka yang dapat kita kira, kerana apabila anda menderita, satu hari saja pun, kelihatan dahsyat dan selama-lamanya, apalagi berbilion-bilion atau bertrilion-trilion dan berzilion-zilion tahun. Itu jenis perasaan yang dahsyat, tak terhad. Apabila anda terbakar secara berterusan di neraka, tiada siang, tiada malam bagi anda. Suasana akan gelap-gelita, hanya api pada anda.Ya Tuhan, tolonglah sedar. Tolong jangan cuba menipu orang lagi. Bertaubatlah, merendah diri. Memohon Ampun daripada Tuhan dan semua Guru di semua arah. Tuhan sentiasa ada di sekeliling kita. Semua Guru sentiasa ada di sekeliling kita dalam Kuasa Mereka, dalam Kuasa spiritual Mereka.