Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Akhiri Peperangan Tersembunyi Ini Maka Semua Peperangan akan Berakhir, Capai Keamanan Dunia Sebenar yang Berkekalan, Bahagian 4 drpd 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, kita ada jauh lebih banyak mesin teknologi tinggi dan segalanya yang boleh kita gunakan untuk buat kehidupan menjadi lebih ceria, lebih selesa, lebih senang, tetapi kita gunakan segala kecerdikan ini, segala prestij ini, segala kelebihan ini untuk membunuh. Peperangan berlangsung setiap hari – setiap hari – dengan bayi, dengan janin, dengan makhluk haiwan, malah yang liar – walaupun mereka tinggal di dalam rimba, di dalam hutan atau di laut yang dalam, kita tetap memburu, membunuh dan memakan mereka. Jika anda ada satu minit dalam sehari dalam hidup anda, fikirkanlah itu. Fikirkan bagaimana perasaan mereka. Fikirkan mengapa kita perlu melakukan ini sedangkan kita ada begitu banyak berkat – buah-buahan, sayuran, malah protein sayuran untuk memuaskan selera kita dan menguatkan badan berharga kita yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita.

Tetapi apabila Tuhan kurniakan satu lagi bayi kepada anda, anda bunuhnya sebelum dia sempat berkata, “Tolong jangan bunuh saya,” sebelum dia sempat bercakap pun, sebelum dia sempat lihat muka anda pun untuk ucapkan terima kasih kepada anda kerana berikan peluang kpd dia utk hidup, berikan hidup manusia kepada dia supaya dia dapat nikmatinya. Dia dapat nikmati segala kebaikan dan kegembiraan ini seperti anda – bersama anda!

Mana boleh anda melakukan ini? Maksud saya, mungkin sesetengah orang yang berada dalam peperangan atau di negara yang tak begitu maju tak tahu banyak tentang perkara. Tiada sesiapa yang ajar mereka tentang standard moral dan hidup sebelumnya, tetapi hari ini, dah abad ke-21, anda ada segala maklumat yang diperlukan daripada internet. Anda boleh berikan bayi anda kpd orang dan betapa banyak orang, betapa banyak pasangan akan begitu gembira menerima anugerah daripada Tuhan ini untuk sayangi dia, menjaga dia sehingga dia menjadi besar dan menikmati hidup yang Tuhan kurniakan kepada mereka.

Dia cantik. (Ya.) Boleh kamu ucapkan ‘hai’? (Hai!) Hai! Lebih dekat sikit, mama. Kamu boleh datang mencium dia. Saya boleh biar kamu dukung dia seketika kemudian saya perlu letak dia di bawah lampu semula tetapi ini detik yang sangat penting sekarang.

Lihatlah mereka. Halo, keluarga. Ya Tuhan. Okey, sekarang saya akan menangis. Saya dah menangis. Jangan rasa bersimpati. Lihatlah, dia sudah selesa dengan kamu.

Ya. Dia macam berkata, “Ini mama saya.” (Hai, sayang!) Dia resah pagi ini dan sekarang dia paling tenang.

Mencium sikit? (Bolehkah saya?) Tentu sekali. Dia anakmu. Dia akan menjadi anakmu. Dia anakmu. Bagaimana dengan kamu, ayah? (Saya terkejut.) Ciumlah dia sikit pada dahi.

Anda boleh lihat dunia telah menjadi lebih cemerlang, lebih selesa dengan segala jenis ciptaan dan teknologi tinggi tetapi bukan semua orang yang berkuasa – kuasa besar atau kecil – cuba menikmatinya dan bersyukur atasnya. Sebaliknya mereka lancarkan peperangan, menimbulkan penderitaan, mewujudkan neraka di sini dengan kuasa mereka. Begitu pun, rakyat tidak buat apa-apa pun. Meskipun mereka buat apa-apa, tak berguna kerana mereka berada di kerusi kuasa. Mereka ada segala wang yang boleh gunakan. Mereka ada segala orang muda, menawan untuk keluar dan mati untuk mereka, untuk niat kejam, jahat, buruk mereka hanya kerana seluruh sistem adalah berdasarkan kepatuhan, tidak kira apa pun. Ini perkara yang paling menyedihkan.

Ada banyak orang yang bermeditasi, berbuat baik hari ini disebabkan oleh internet, maka mereka tahu. Mereka tahu di mana nak bantu dan apa yang nak dibuat, ke mana nak pergi belajar, tetapi malah ada guru spiritual palsu di merata tempat. Orang malah masuk ke dalam kumpulan saya, curi arahannya saja tanpa Kuasa Izin Tuhan dalaman, keluar dan mendakwa diri sebagai guru spiritual, lebih tinggi daripada Buddha dan sebagainya dgn gunakan teknik perhubungan awam, gunakan internet untuk sembunyikan motif rendah, jahat mereka supaya mereka boleh merogol kanak-kanak dan merompak wang daripada pengikut, orang yang mudah tertipu terutama orang tua yang tak begitu pandai mencari maklumat di internet. Mereka bekerja sepanjang hidup untuk keluarga mereka. Keluarga mereka baik terhadap mereka, jadi mrk percaya semua orang adalah baik Orang-orang ini tahu bagaimana bercakap. Mereka tahu bagaimana menipu mereka, sama seperti penipu di internet. Mereka tahu bagaimana merompak wang daripada orang yang mudah tertipu. Mereka memalsukan suara mereka. Mereka memalsukan nama mereka. Mereka memalsukan maklumat mereka, segalanya, hanya untuk merompak wang daripada orang yang tak tahu apa-apa. Saya tak cukup ruang untuk bersedih, memikirkan orang yang kesian ini.

Meditasi kita memang membantu, jadi kita ada satu demi satu perjanjian damai. Tetapi satu perdamaian berhenti di sini, satu lagi keperluan terhadap perdamaian muncul bagai cendawan. Jika manusia tidak berubah dan terus mengikut jalan yang salah, maka mereka takkan sampai ke tempat yang betul di mana mereka nak tujui. Jika mereka terus menjadi sebahagian daripada sistem bunuh di dunia ini, bayar cukai untuknya dan kerajaan tak kata apa-apa pun, pemimpin tidak ajar mereka jalan yang berakhlak, maka kita terus ada peperangan hingga suatu hari nanti semuanya binasa, tiada apa-apa yang tertinggal di dunia ini! Hari itu mungkin akan tiba lebih awal daripada yg sesiapa jangkakan. Banyak bahagian sudah binasa, tak dapat dipulihkan. Lebih banyak lagi akan datang tanpa amaran! Oh, TUHAN TOLONGLAH KAMI!

Sekarang setiap hari kita dah berperang dengan bayi. Ibu bapa berperang dengan darah daging mereka sendiri, bayi mereka, dan kita semua berperang dengan orang-haiwan di mana-mana saja, bunuh semua makhluk tak berdosa. Maka suatu hari nanti takkan ada makhluk suci, tak berdosa yang tertinggal lagi, hanya entiti buruk, jahat dan khianat di dunia ini. Hanya tenaga gelap tertinggal, menyelubungi seluruh dunia! Jadi kita takkan ada keamanan, kemakmuran, keharmonian, keselamatan seperti yang kita mahukan. Itu hari semua tangan pelindung Syurga dialihkan dari dunia ini apabila kitaran ini berakhir untuk masa yang tak dapat ditentukan. Insan baik akan dinaikkan ke Syurga-syurga yang berlainan. Pendosa akan turun ke bawah dengan hukuman-hukuman neraka yg berlainan, menunggu selama-lamanya dalam azab, penderitaan melampau dan kegerunan… Tiada sesiapa yang boleh terlepas! Dah terlambat, dah terlambat!!! Oh, memang terlalu menyakitkan memikirkannya...

Kita masih buat sebaik yang boleh tetapi jangan menyalahkan diri atas anda tidak buat secukupnya untuk keamanan dan kemurahan di dunia ini. Itu bukan salah anda. Saya tahu anda bekerja keras sekali, anda, anak murid Tuhan saya. Kadangkala saya perlu mengatakannya dengan nada neutral tetapi anda sendiri telah diinisiasi dan anda sudah tahu apa yang nak dibuat. Saya perlu mengatakan perkara untuk orang di dunia yang belum diinisiasi, belum diberkati oleh Tuhan dengan inisiasi dan makrifat. Mereka masih tak tahu. Jadi saya perlu katakannya secara neutral, seperti meskipun saya berikan petua kepada kanak-kanak, namun itu utk setiap kanak-kanak di dunia.

Tetapi anda, anak anda yg telah diinisiasi, anda ajar mereka perkara tambahan juga. Anda baca ajaran saya kepada mereka sehingga mereka dapat sendiri bacanya. Anda jelaskan kepada mereka perkara yang telah saya jelaskan kepada anda. Anda jelaskan kepada rakan atau jiran anda seperti yang telah saya jelaskan kepada anda. Bantu mereka dgn sebarang cara yg boleh kerana dalam tempoh hidup ini, jika mereka terus berbuat salah, maka hanya neraka yang menanti mereka. Itu bukan untuk suatu tempoh masa saja. Itu akan bereon-eon sehingga peluang seterusnya bagi kitaran hidup kembali ke titik permulaan. Itu akan menjadi penderitaan yang amat besar, selama-lamanya bagi mereka sementara itu. Sebab itulah kita bekerja keras sekali. Sebab itulah saya bekerja keras sekali, kerana saya mahu mereka diselamatkan, mengelak, melepaskan diri daripada jenis situasi neraka tak henti-henti ini. Hati saya tak dapat pulih memikirkan mereka. Jika mrk menderita, mana-mana drpd mrk menderita, sayalah yang menderita. Tuhan juga menderita jika mana-mana daripada anak-Nya menuju ke arah yang tak betul atau pergi ke neraka.

Kita perlu terus bekerja walaupun dalam hati saya, saya mahu anda hanya nikmati masa senggang, masa gembira sebagaimana yang anda wajar dapat. Tanpa dunia bermasalah ini, anda boleh hanya nikmati Syurga di dalam diri sendiri, dalam keluarga anda, dalam persaudaraan inisiasi anda. Anda tahu akan itu. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana mengorbankan kegembiraan, waktu gembira untuk bantu makhluk lain di dunia ini, termasuk orang-haiwan dan bayi yang tak berdosa, tak berdaya. Saya berterima kasih kepada anda selama-lamanya. Saya begitu kasihi anda. Saya kasihi anda semua selama-lamanya. Saya kasihi anggota pasukan Supreme Master TV yang bangun semasa mereka sepatutnya berehat untuk membuat rancangan yang telah saya sunting dan hantar, atau saling bekerjasama untuk meneruskan rancangan lain. Mereka tak perlu lakukan semua ini. Mereka dalam keadaan yang baik. Mereka selamat. Roh mereka sudah bebas, tetapi mereka sering perlu melepaskan masa, tidur, hidangan yang baik. Semasa tengah makan, tengah tidur, mereka perlu bangun untuk bekerja kerana kita ini pasukan antarabangsa. Masanya tidaklah seperti masa kerja di negara mereka. Saya begitu hargai mrk selama-lamanya. Saya berikan apa-apa saja Berkat saya yang boleh.

Setiap hari, sesiapa yang boleh saya hubungi dengan penulisan atau penyuntingan, saya berterima kasih. ‘Terima kasih’ adalah tidak cukup tetapi itu saja yang boleh saya buat kerana saya tak dapat menulis dgn banyak kpd anda. Saya sudah tiada terlalu banyak masa untuk menulis komen, pembetulan atau tambahan kpd rancangan TV kita, menyemaknya, mengambil gambar juga, menyunting gambar dan sebagainya serta menjaga diri semasa setiap hari saya ada karma, malah menjaga diri dengan ubat juga. Itu banyak masa. Itu pun jika saya ingat akannya. Kadangkala saya pasang jam penggera tetapi saya tak dengarnya. Saya akan berada di sesuatu tempat yang lain, buat perkara lain dan terlupa. Saya tak sentiasa berada di dlm khemah. Saya perlu keluar. Saya memasak sikit, memeriksa internet sama ada ia berfungsi atau tidak. Kadangkala ia tak berfungsi. Banyak perkara kecil tetapi mengambil masa. Di dunia ini, segalanya dikawal oleh masa dan ruang.

Saya tetap bersyukur atas hidup saya masih baik-baik saja dan saya masih di sini untuk menemani anda berjalan bersama anda hingga penghujung dan membantu planet ini dengan cara-cara yang berlainan. Saya ada cara-cara yang berlainan juga untuk bawa orang kembali kepada Tuhan tetapi saya tak boleh beritahu anda. Banyak kerja saya tak boleh beritahu anda Anda tahu akan itu. Hanya untuk biar anda tahu bahawa kita perlu terus bekerja dan saya hargai setiap saat kecil yang anda habiskan untuk membantu makhluk lain, sama ada melalui Supreme Master Television, badan amal atau sebarang usaha lain yang anda lakukan dengan ikhlas demi kegembiraan dan peningkatan makhluk lain dengan Rahmat Tuhan. Usaha ini akan bantu bawa orang kembali kepada Tuhan juga dan berikan pahala kepada anda untuk biar KASIH SAYANG Tuhan mengalir ke dalam diri anda, berkati anda dan orang lain melalui anda. Saya begitu bangga dgn anda, kasihi anda dan saya takkan tinggalkan anda. Selepas hari kiamat pun, saya takkan tinggalkan anda. Anda ada kawan karib selama-lamanya. Cuma cubalah jadi diri yang terbaik juga bagi menunjukkan contoh terserlah yang baik kepada dunia, dan bantu sesiapa saja yang boleh dgn ikhlas. Kasih sayang saya bersama anda selama-lamanya & rasa terima kasih saya bersama anda selama-lamanya juga. Saya syukur kpd Tuhan kerana mengutus anda kepada saya utk bantu saya lakukan kerja baik ini bagi menyelamatkan roh yang tidak terkira dan planet ini. Apa-apa pun yang berlaku, saya sentiasa bersama anda. Okey, sayang? Saya kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda. Semoga Tuhan berkati anda, berkati anda, dan melalui anda berkati dunia juga. Syukurlah, Tuhanku.

Photo Caption: “Berilah Perhatian kepada Lawatan Bertuah Diberkati Syurga”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-14
2 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-14
334 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
325 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
417 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
439 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
156 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
502 Tontonan
Dunia di Sekeliling Kita
2026-02-13
188 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun