Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kemudian pada malam berikutnya, satu Makhluk Suci muncul, sama seperti Makhluk pada malam sebelumnya. Dia berdiri di atas kepala saya, berkata kepada saya dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), “Jangan risau. Esok sebuah kapal antarabangsa akan menyelamatkan engkau.”
Banyak rekod spiritual kuno mengandungi pemerian tentang kejadian ajaib yang melibatkan Guru Bermakrifat sebenar. Contohnya, kitab suci Bible nyatakan bahawa Nabi Isa (vegetarian) menyembuhkan orang buta, berjalan di atas air, beri makan kepada beribu-ribu orang dgn lima buku roti saja, malah bangkitkan seorang lelaki yang telah mati. Sama juga, dalam teks agama Buddha, seseorang boleh jumpai banyak kisah tentang kuasa dan keupayaan spiritual Buddha Shakyamuni (vegan), seperti mempunyai badan jelmaan, klairvoyans, telepati, teleportasi, keupayaan untuk melihat masa lalu dan masa depan serta penguasaan terhadap elemen semula jadi. Menurut kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW (vegetarian), melindungi umat-Nya daripada mudarat, jelmakan air untuk menghilangkan dahaga dan menamatkan perjalanan jarak jauh semalaman yang mustahil dengan cara biasa pada masa itu.Pemerian yang mengagumkan ini dedahkan tahap pencapaian tinggi yang tidak dapat diduga oleh Guru-guru Bermakrifat yang telah melangkaui batasan masa dan ruang sepenuhnya di alam fizikal. Ia juga dedahkan bahawa dengan mengikut Guru sebenar, anak murid dan pengikut dilindungi daripada pelbagai kemalangan. Pengalaman langsung ini memperkukuh kepercayaan mereka kepada Kuasa Besar Tuhan yang terjelma melalui Guru dan mengubah hidup mereka selama-lamanya. Oleh itu, anak murid tidak dapat menahan diri daripada merekodkan testimoni mereka yang berharga dan berkongsi dengan orang lain supaya lebih banyak orang akan mengetahui identiti sebenar Guru dan segera menjalankan amalan spiritual dengan Mereka.Dengan semangat yang sama inilah pengamal zaman moden ingin berkongsi pengalaman sukar dipercayai yang dialami oleh mereka dengan menjalankan amalan spiritual dengan Guru Bermakrifat Tertinggi sebenar, Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita. Kisah-kisah sebenar yang ajaib ini menjadi tanda atau pengesahan Syurga yang tidak dapat dinafikan kepada identiti Mahaguru Ching Hai.Dalam rancangan hari ini, kami akan berkongsi perjalanan yang mengagumkan merentas laut yang dibuat oleh Puan Nguyện dan keluarganya.Dari 30 April 1975 hingga awal tahun 1990-an, situasi politik di Âu Lạc, juga dikenali sebagai Vietnam, menyebabkan beratus-ratus ribu orang Âu Lạc (Vietnam) merisikokan nyawa mereka dengan menyeberangi Laut China Selatan untuk mencari perlindungan di negara lain. Mereka meredah laut dengan bot kecil yang penuh sesak, memberi gelaran ‘orang bot’ kepada mereka.Selalunya, orang bot menahan keletihan fizikal, mental dan emosi yang melampau akibat perjalanan menuju kebebasan yang berbahaya. Banyak bot yang hanyut di laut menghadapi cuaca buruk, penyakit dan kebuluran serta pertembungan dengan lanun yang menggerunkan, mentraumakan orang yang terselamat. Dianggarkan antara 250,000 dan 400,000 nyawa orang Âu Lạc (Vietnam) telah terkorban.Orang yang terselamat daripada pelayaran yang panjang, susah jumpai jalan ke kem pelarian di negara-negara Asia Timur dan Tenggara sebelum ditempatkan semula di negara di mana mereka ada ahli keluarga atau di mana seseorang sanggup menerima mereka. Lebih 620,000 orang akhirnya menetap di negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, Jepun, Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan (Formosa), Australia, Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat.Satu lagi SAG (Kumpulan Tindakan Permukaan) di Laut China Selatan. Sebuah bot pelarian Vietnam telah dikesan. USS Blue Ridge kira-kira 50 batu dari situ.Kami telah terbalikkan haluan dan menentukan kedudukannya. Seperti yang dapat kamu lihat, bot pelarian itu berhampiran dengan pelabuhan sekarang. Kami akan lancarkan bot utiliti yang ada pasukan pemeriksa bot, menaiki bot itu dan melihat situasinya dari segi keperluan makanan, pakaian, perubatan dan kelayakan belayar bot itu.Pasukan pemeriksa bot telah menyiasat dan dapati 54 orang berasak di dalam bot yang panjangnya kurang daripada 40 kaki (~12 meter). Bot ini dianggap tidak layak utk belayar oleh Komander Williams, pegawai operasi Blue Ridge dan komander pasukan pemeriksa bot. Pam bilganya telah berhenti beroperasi dan mereka menimba air. Enjinnya tidak dapat dihidupkan dan kompasnya dah berhari-hari tidak berfungsi. Orang-orang itu diselamatkan dan bot itu dilubangtenggelamkan. Mrk telah berada di laut selama 10 hari untuk mencari kebebasan.Puan Nguyện, sekarang tinggal di Amerika Syarikat bersama keluarganya, merupakan salah satu orang terselamat yang bertuah. Kisah beliau terselamat ialah suatu keajaiban. Sekarang duduk bersama anggota pasukan Supreme Master Television kami, beliau menceritakan pengalaman luar biasa yang membentuk kehidupan dan kepercayaannya ini. Walaupun ia berlaku lebih empat dekad yang lalu, ia masih segar dalam ingatannya.Ms. Nguyện: Saya mulakan perjalanan melintasi sempadan pada 1980. Kami bersetuju untuk bertemu di luar muara Sungai Tân Xuân di Phan Rang, sebuah daerah di Âu Lạc (Vietnam) Tengah. Ada sebuah balai polis di sana. Mereka kawalnya dengan ketat sekali, jadi kami perlu berhati-hati. Saya dan keluarga, bersama seorang lagi mendayung ke laut di atas bot bakul. Semasa kami mendayung ke laut, kami tidak jumpai bot yang sepatutnya menjemput kami, jadi kami terpaksa mendayung balik ke rumah dan tidur. Kemudian pada sekitar pukul 1 pagi, seseorang datang berkata, “Bangun, bangun! Bot itu sedang menunggu di laut.” Kemudian saya cepat-cepat menjagakan anak saya, “Bangun, bangun, bangun.” Anak saya masih tidur nyenyak dan tidak mahu pergi.Jadi kami bertolak dengan hanya sepuluh liter air dan kira-kira dua kilogram beras. Mereka memasak selama dua hari, kemudian tiada lagi beras atau air, tiada apa-apa pun yang tertinggal utk dimakan. Kemudian anak kecil mula menangis kerana lapar. Kami benar-benar hancur hati dan tak tahu apa yang nak dibuat.Situasinya benar-benar terdesak dengan tiada makanan, tiada air dan tiada orang lain untuk minta bantuan. Apakah yg dilakukan oleh Puan Nguyện dalam situasi yang teruk ini?Ms. Nguyện: Menjelang hari ketiga, kami menjadi lagi terdesak, tiada cara lain yang tertinggal. Saya pergi ke luan bot dan duduk di sana, dengan tangan digenggam dan mata tertutup. Saya berkata, “Jika benar-benar ada Syurga, Buddha, Tuhan, Buddha Shakyamuni atau Bodhisattva Avalokitesvara, jika Engkau suci, tolonglah bimbing kami dan tunjukkan jalan kepada kami.” Saya berdoa sehingga saya letih lesu dan badan tak tahan lagi, kemudian saya berbaring dan pengsan. Ketika saya tidak sedarkan diri, seseorang muncul, berdiri di atas kepala saya dan berkata, “Teruslah menuju ke arah matahari, lari ke arah matahari dan esok seseorang akan datang menyelamatkan engkau.” Saya beritahu adik lelaki saya, “Oh! Tadi Roh Kudus muncul dan suruh kak lari ke arah matahari. Seseorang akan datang selamatkan kita.” Adik saya memegang kemudi dan mengemudi terus ke arah matahari.Pd keesokan paginya, sekitar tengah hari, kami ternampak sebuah bot nelayan. Kami kata, “Oh! Mari kita pergi ke sana dan minta sesuatu untuk diminum, beras dan air.” Nelayan di atas bot itu sangat baik hati. Mereka berikan makanan, air, malah beras kepada kami.Doa Puan Nguyện segera dikabulkan dan penumpang di botnya diberi makanan dan air. Tetapi mereka masih berada di tengah-tengah laut, tidak tahu ke mana akan hanyut. Bagaimana mereka dapat cari jalan?Ms. Nguyện: Pada malam itu, saya terus berdoa, berkata. “Aku berdoa kepada Syurga dan Buddha, jika Engkau suci, selamatkanlah aku sepenuhnya, sepanjang jalan ke pantai, ke tempat yang selamat.” Kemudian pada malam berikutnya, satu Makhluk Suci muncul, sama seperti Makhluk pada malam sebelumnya. Dia berdiri di atas kepala saya, berkata kepada saya dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), “Jangan risau. Esok sebuah kapal antarabangsa akan menyelamatkan engkau.” Saya sangat gembira, terjaga dan beritahu adik saya, “Yakinlah dan terus mengemudikan bot. Santo itu berkata bahawa esok kita akan diselamatkan oleh sebuah kapal antarabangsa.”Adik saya terus mengemudikan bot sepanjang malam dan pada keesokan paginya, matahari terbit. Kemudian kami nampak helikopter berlegar-legar, kadangkala tinggi dan kadangkala rendah. Apabila ia datang rendah, saya beritahu adik saya, “Hentikan bot,” dan dia buat begitu. Apabila ia datang rendah, kami gunakan tangan untuk beri isyarat macam ini, melambai-lambai meminta tolong. Kemudian kami berada di sana, tunggu. Kemudian dari jauh, sebuah kapal Tentera Laut Amerika menghampiri bot kami, kemudian mereka bawa kami kesemua 19 orang ke atas kapal Amerika yang besar.Betapa baiknya doa Puan Nguyện dikabulkan sekali lagi! Mereka menaiki kapal tentera laut Amerika dan teruskan perjalanan dengan cara yang lebih selamat. Apa yang berlaku seterusnya?Ms. Nguyện: Mereka bawa kami ke pangkalan Tentera Laut Amerika di Filipina. Kami berada di atas kapal itu selama seminggu, kemudian seorang wanita Âu Lạc datang melawat. Dia memperkenalkan diri sebagai isteri Kolonel Tentera Laut Amerika. Dia kata suaminya beritahu dia bahawa kami sangat bertuah kerana selepas kami diselamatkan pada kira-kira pukul 2 petang, menjelang pukul 4, ribut besar melanda di laut. Seterusnya dia berkata bahawa suaminya telah bertugas di laut selama empat bulan tetapi tidak menyelamatkan sesiapa pun, hanya bot kami saja.Disebabkan Makhluk penuh misteri yang muncul tepat pada masanya untuk membantu Puan Nguyện dan rakan-rakannya, mereka terselamat dalam perjalanan itu dan menetap di Amerika Syarikat. Beliau juga dedahkan sumpah yang dibuatnya ketika berdoa dan hasratnya untuk cari Penyelamatnya.Ms. Nguyện: Ketika kami masih di kem pelarian pada masa itu apabila Santo tersebut selamatkan kami, saya berkata, “Oh! Jika aku terselamat dalam melarikan diri dengan bot ini, aku akan amalkan diet vegetarian selama tiga bulan.” Kemudiannya apabila tinggal di Amerika, saya sentiasa ingat akan Buddha yang menyelamatkan saya itu. Saya sentiasa ingat akan Dia dalam hati saya. Kemudian saya ingin keluar dan dapatkan patung Bodhisattva Quan Yin untuk disembah. Saya keluar dan melihat ke sekeliling. Ia tidak sama. Kemudian saya lihat gambar Nabi Isa tetapi itu tidak kelihatan seperti Dia juga.Banyak orang percaya bahawa mengikut diet vegan ialah bahagian yang penting dalam doa. Ia merupakan suatu bentuk penyucian badan dan minda, dan tanda kepada Alam Semesta bahawa seseorang sanggup tidak meragut nyawa makhluk lain supaya nyawanya sendiri tidak diragut.Lepas beberapa tahun, secara kebetulan, Puan Nguyện menemui Penyelamat yang mengabulkan doanya dan berikan peluang hidup kepada dia dan keluarganya.Pada 1990, adik lelaki saya bawa pita kecil seperti ini kepada saya. Adik saya berkata, “Bukalah dan dengarnya. Pita ini ada khutbah yang benar-benar baik.” Saya bukanya dan dengar. Saya dengar Mahaguru Ching Hai memberi khutbah yang bertajuk ‘Mengapa Kita Mesti Menjadi Vegan?’Ms. Nguyện: Selepas dengarnya, saya ada kesedaran, berasa gembira dan kasihan. Saya menelefon adik saya dan bertanya, “Jika kak nak diinisiasi, apa yang perlu kak buat?” Adik saya berkata: “Oh! Jika kak nak menerima inisiasi, kak mesti amalkan diet vegan selama tiga bulan.” Sejak waktu itu, saya mula menjadi vegan dan menunggu hari diinisiasi. Kemudian pada 1991, saya menerima inisiasi, amalkan Kaedah Quan Yin.Pada suatu hari, saya pergi ke tempat di mana mereka memperagakan foto Mahaguru Ching Hai semasa meditasi berkumpulan. Saya lihat salah satu foto dan berkata, “Oh, ini dia! Benar! Memang Mahaguru Ching Hai yang menyelamatkan saya ketika saya melintasi sempadan!” Itu memang Beliau. Saya begitu gembira.Saya berterima kasih secara ikhlas kepada Mahaguru Ching Hai. Saya benar-benar kasihi Guru. Ketika saya dalam kegelapan, Guru menyelamatkan roh saya. Ketika saya sedih, Guru menenangkan saya pada setiap saat, setiap minit. Apabila saya tersandung, Guru memapah saya dan sentiasa menjaga saya di mana-mana pun. Saya amat berterima kasih atas Berkat mendalam Guru. Saya kasihi Guru!Rupa-rupanya Mahaguru Ching Hai Yang Paling Berkuasalah yang menjelma di tengah-tengah laut dan membimbing Puan Nguyện dan keluarganya ke tempat yang selamat. Dalam episod seterusnya, kami akan kongsi lebih banyak lagi kisah sebenar ttg pelarian Âu Lạc (Vietnam) dan usaha Guru yang tidak mengenal penat lelah untuk membantu mereka.










