Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 13 daripada 15: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai menjelaskan TUHAN dan Sifat Buddha, bincangkan persamaan antara Buddha (vegan) dan Nabi Isa (vegetarian) dan menerangkan apa yang berlaku selepas kita meninggalkan dunia ini.

(Hanya susulan daripada soalan yang saya tanya Guru sebelumnya.) Baiklah. (Apakah hubungan TUHAN dengan Buddha? Apabila Guru merujuk kpd Buddha dan TUHAN, adakah Guru merujuk kepada satu entiti atau apakah hubungan antara dua istilah yang Guru gunakan ini?) Saya faham. Buddha ialah istilah bagi Guru bermakrifat. Dalam istilah Kristian, itu jelmaaan Roh Kudus, bermakna Pengutus TUHAN. Itu istilah yang betul untuk memahami Buddha. TUHAN ialah Tenaga, Kuasa atau Entiti pengasih yang maha wujud Sekarang, jika kamu memahami Buddha sebagai jelmaan manusia TUHAN, maka Buddha betul-betul macam itu. Tetapi jika kamu memahami Buddha sebagai yg maha wujud, seperti TUHAN, maka itu TUHAN juga. Jadi kamu boleh kata Buddha ialah jelmaan Sifat Buddha atau TUHAN, Kuasa TUHAN, dan Sifat Buddha ialah TUHAN.

Sama seperti Christ ialah jelmaan TUHAN, Kuasa TUHAN, macam itu. Tetapi sebenarnya tiada perbezaan antara dua ini. Buddha ialah Sifat Buddha, datang daripada Sifat Buddha dan jelmaan Sifat Buddha untuk membantu orang, atau Christ ialah jelmaan TUHAN untuk membantu orang kembali kepada TUHAN. Tetapi Baginda sendiri ialah TUHAN. Oleh itu, Baginda bersabda, “Saya dan BAPA saya ialah satu entiti.” Tetapi disebabkan oleh kerendahan diri semua Santo, kerendahan diri semua Santo, Mereka takkan kata “Saya TUHAN. Saya Yang Maha Tinggi,” atau apa-apa seperti itu. Mereka kata, “Saya hamba TUHAN. Saya Anak TUHAN. Saya Buddha, Pengutus TUHAN,” dan sebagainya.

Tetapi kadangkala dalam keadaan tiba-tiba berilham, Mereka kata, “Saya TUHAN. Saya dan BAPA saya ialah satu entiti.” Tetapi ini tak bermakna Christ atau Buddha sangat angkuh. Tidak, jauh daripadanya. Mereka terlalu rendah diri. Kita tak dapat bayangkan kerendahan diri Mereka. Apa yang kita anggap sebagai kerendahan diri adalah jika seseorang beritahu kita apa yg nak dibuat, kita kata, “Ya, ya, saya akan lakukannya, encik. Ya, encik.” Atau jika seseorang marahi kita dan kita berkata dengan rendah diri, “Oh! Minta maaf. Maafkanlah saya,” itu kerendahan diri. Tidak, tidak. Itu terlalu rendah, kerendahan diri yang terlalu kecil. Kerendahan diri adalah seperti Nabi Isa seperti Buddha. Mereka adalah yang paling agung di Alam Semesta tetapi muncul sebagai yang paling rendah. Buddha menjadi seperti pengemis dan biar orang berfikir bahawa Baginda ialah manusia. Baginda menderita, meninggal dunia, jatuh sakit, perlu minta makanan. Itulah kerendahan diri. Baginda tak dapat tunjukkan keagungan-Nya. Baginda tidak menunjukkannya pun. Baginda tidak menunjuk-nunjuknya. Nabi Isa adalah paling agung di Bumi dan Syurga tetapi biarkan orang menyalib-Nya, malah doakan pengampunan untuk orang yang menyalib-Nya. Itulah kerendahan diri sebenar. Kerendahan diri terbesar kita hanya dapat pelajari daripada Santo, bukan daripada tingkah laku, resam atau tatamoral masyarakat yang biasa. Ini hanya kerendahan diri buatan manusia. Kerendahan diri sebenar hanya datang daripada Anak TUHAN.

(Ada dua soalan lagi yang ditulis dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam).) (“Buddha mengajar bahawa amalan spiritual adalah untuk menjadi bebas daripada kitaran lahir dan mati. Tetapi semasa seseorang masih beramal, ini bermakna dia belum lagi bermakrifat. Saya tak tahu saya ialah apa dalam hayat lampau. Jadi bagaimana saya boleh tahu sama ada saya telah bebas atau tidak? Atau peringkat apa telah saya capai?”)

Soalannya ialah Buddha mengajar kita supaya menjadi bebas daripada kelahiran dan kematian. Tetapi sekarang orang itu belum lagi capai makrifat tertinggi, jadi dia tak tahu sama ada dia sudah keluar daripada kelahiran dan kematian, atau belum keluar drpd kelahiran dan kematian Dia juga ingin tahu hayat lampaunya ialah apa? Jadi jawapan saya ialah kamu terus beramal, kemudian suatu hari nanti mungkin kamu tahu, atau mungkin kamu tak tahu.

Jika kamu tidak mengikut Guru bermakrifat sebenar, adalah sukar untuk nyatakan dengan tepat sama ada kamu akan tahu atau tidak, sama ada kamu akan menjadi bermakrifat atau tidak. Jika kamu mengikut Guru sebenar, lebih senang untuk mengetahuinya, lebih selamat, lebih terjamin. Dia akan beritahu kamu bhw kamu akan sempat mendapatnya, mengetahuinya.

“Maaf, saya ingin tanya Guru dua soalan. Siapakah wakil Tuhan kita? Ke mana kita pergi selepas meninggal?” Kamu faham? (Tidak.) Tidak? Itu bahasa Perancis. “Maaf, saya ingin tanya Guru dua soalan. Yang pertama ialah siapa mewakili TUHAN, TUHAN-Mu?” Betul tak itu? Adakah saya menterjemah dengan betul? Siapakah ini? Siapakah kawan ini? (Saya.) Kamu. Mengapa kamu tulis dlm bahasa Perancis? (Kerana Guru tahu berbahasa Perancis.) Oh! Tapi saya tahu berbahasa Inggeris juga, kan?) (Ya, tapi maaf, Guru kerana saya memahami sedikit bahasa Inggeris saja.) Baiklah, baiklah.

Soalan pertama ialah: “Siapa mewakili TUHAN-Mu?” Jadi bagi saya, siapa ialah wakil TUHAN? Pada pendapat saya, betul? Betul tak itu? Siapa itu TUHAN, kan? (Tidak… maksud saya, siapa mewakili TUHAN untuk memimpin kita kembali kpd TUHAN?) Betul tu. Baiklah.

Soalan kedua adalah: “Ke mana akan kita pergi selepas mati?” Haruskah saya beritahu kamu dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam) supaya kamu faham?

Orang yg wakili TUHAN ialah seseorang yang diutus ke bawah sini oleh TUHAN. Apabila Mereka datang ke sini, Mereka hidup seperti manusia biasa tetapi selepas menerima Rahmat TUHAN, Mereka ingat siapa Mereka. Mereka ingat bahawa Mereka diutus oleh TUHAN dan berada di sini bagi bekerja untuk TUHAN. Orang itu memimpin kita kepada Cahaya (Syurga dalaman) dan Kebijaksanaan sebenar. Mereka membimbing kita ke arah pembebasan Abadi seperti Nabi Isa, seperti Buddha, Buddha Asal. Mereka semua ialah Wakil TUHAN. Mereka memimpin kita kembali kepada TUHAN. Apa itu TUHAN? Dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), kita panggilnya Sifat Asal – Diri sebenar kita. Ia merupakan Kuasa Tertinggi yang wujud di dalam diri kita. Selepas meninggal, ke mana kita pergi bergantung kepada karma kita. Contohnya dalam hayat ini, jika kita buat perbuatan baik, kita akan pergi ke Syurga atau akan lahir semula sebagai manusia yang lebih bahagia, lebih cantik dan lebih bertuah. Jika kita buat perbuatan jahat, kita jatuh ke alam lebih rendah yang lebih menyeksakan, dan selepas suatu tempoh masa, kita akan kembali ke sini. Jika kita beramal dengan Guru hidup, Buddha hidup atau wakil TUHAN, kita akan pergi ke alam Buddha atau Syurga.

Jadi saya beritahu dia bahawa mereka yang mewakili TUHAN ialah mereka yang diutus oleh TUHAN, seperti Buddha, Nabi Isa yang datang daripada Yang Maha Tinggi, Kuasa tertinggi di Alam Semesta. Itu apa yang kita panggil Wakil TUHAN. Jika kita mengikut Orang ini, Mereka akan tunjukkan jalan pulang ke Syurga, ke Alam Buddha kepada kita. Mereka akan berikan Cahaya (Syurga dalaman) kepada kita… bukan berikan tetapi buka kepada kita Cahaya (Syurga dalaman) di dalam diri kita yg sudah sedia wujud, merupakan milik kita. Guru tak dapat ‘berikan’ apa-apa kepada kamu kecuali hanya tunjukkan di mana Harta Karun kamu, di mana kamu ada-Nya. Tapi dah tentu, Guru berada di sisi, dan dengan kebaikan dan belas kasihan Guru, banyak bantu kita melancarkan jalan kita, bersihkan jalan kita supaya kita berjalan dgn lebih baik dan tak mencederakan diri. Jadi Guru sangat berbelas kasihan.

Sekarang soalan kedua adalah: “Ke mana kita pergi selepas meninggal?” Kita pergi ke tempat yang sesuai dgn kita. Jika dalam hayat ini kita buat perbuatan mula dan bersifat baik, maka kita pergi ke Syurga, atau kita kembali ke sini, menjadi manusia semula dan nikmati kehidupan yang makmur, sihat dan selesa.

Jika kita buat perbuatan jahat yang melanggar hukum, maka mungkin kita lahir semula atau menurun kepada sesuatu jenis hidup yang lebih rendah dan lebih menyakitkan. Namun begitu, jika kita mengikut Guru Hidup yang tunjukkan kepada kita jalan ke Alam Buddha atau pulang ke Kerajaan TUHAN, maka kita akan pergi ke sana apabila meninggal dunia. Ada tiga jenis orang.

Ada apa-apa lagi? (Oh! Tiada apa-apa lagi tapi boleh saya ada satu minit?) Ya. (Esok kita akan ada inisiasi. Arah dan petanya ada di kaunter depan. Datanglah tepat pada masanya kerana kita lakukan ini bersama-sama pada masa yang sama, bukan seorang demi seorang. Datanglah tepat pada masanya. Terima kasih banyak-banyak, Guru.)

Kami tiada begitu banyak masa semalam. Kalian tahu tak kami tidur pada pukul berapa malam semalam? Kira-kira pukul 4 atau 5 pagi. Saya tidak tidur hingga lewat sangat. Saya baca buku, kitab dan… Saya tak begitu banyak tidur pun. Kemudian sudah tiba masanya, kemudian kami perlu pergi. Mereka perlu berada di sini pada awal pagi. Selepas khutbah, kami berkumpul dan minum sesuatu, makan sesuatu, kudapan dan berbual-bual, kemudian kami tidak berpisah hingga kira-kira pukul 4 atau 5 pagi. (Ya.) Ya. Kemudian mereka pulang ke rumah. Mereka perlu mencuci, mandi dan uruskan perkara, kemudian mungkin berehat selama beberapa jam, kemudian datang awal ke sini bagi menyediakan semua ini. Menyediakan benda ini mengambil masa yang panjang, perlukan banyak jam supaya kamu datang pd kira-kira pukul 1 tetapi mereka perlu tinggalkan tempat ini mungkin pd kira-kira pukul… (Pukul 10.30.) Pukul 10.30? (Betul.) Pukul 10.30. Ya, apa itu?

(Adakah saya perlu menukar agama saya?) Tidak, tidak. Apakah agama kamu, Katolik? (Ya.) Ya, kekalkannya. Nabi Isa boleh. Saya memuja Baginda juga. Kita memuja Guru yang sama.

Photo Caption: “Tawarkan Apa yang Engkau Ada, Kemanisan atau Kecantikan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (13/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
3609 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
2967 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
2955 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
2763 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
2720 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
2777 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
2356 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
2252 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
2024 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
2022 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-06-19
1695 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-06-20
1637 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2026-06-22
1218 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2026-06-23
937 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2026-06-24
705 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2026-06-25
375 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-06-25
502 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-25
923 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-24
813 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-24
255 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-24
705 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-06-24
251 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-24
971 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-23
911 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun