Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Terus Membuka Lagi Gelembung Karma Keamanan, Bahagian 3 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada zaman Buddha, ada isu yang kurang dalam masyarakat yang memudaratkan orang. Pada zaman Buddha, hanya ada kata-kata dari mulut ke mulut yang menyebarkan ajaran-Nya. Kita tiada internet. Kita tiada AI yang memalsukan segala-galanya, menipu orang, memperdaya orang dan menipu orang tua atau kanak-kanak yang kesian, lemah – menipu wang, harta benda, reputasi, identiti mereka. Apa-apa saja yang boleh mereka tipu, mereka lakukan. Disebabkan itu juga, apa-apa yang dikatakan tersebar dengan serta-merta di mana-mana saja. Jadi kita tak boleh kata, “Saya tidak katakan itu. Saya tidak lakukannya.” Meskipun kita nak menafikannya, kita tak dapat.

Tetapi disebabkan itu juga, banyak biksu dan biksuni palsu bergosip secara tidak benar dan berbohong tentang Guru Sebenar seperti saya. Saya salah satu mangsanya. Namun begitu, saya masih hidup. Itu bagus, cuma saya perlu lebih berhati-hati dan sentiasa perlu melindungi hidup fizikal saya untuk meneruskan kerja saya. Saya memang sangat berharap saya dapat wujudkan keamanan utk dunia ini dan dapat membuat dunia ini menjadi Firdaus semula di mana tiada sesiapa yang takut pada sesiapa pun. Serangga kecil pun takkan takut pada manusia. Orang-harimau, -singa pun takkan membunuh lagi. Tetapi dah ambil masa terlalu lama hingga kini. Saya cuma berharap saya dapat capainya dalam rangka masa yang tertinggal dalam hidup fizikal saya di Bumi.

Kerana hati saya terlalu tak terkawal. Apabila saya lihat orang menderita, saya menderita. Apabila saya lihat orang-haiwan menderita, saya menderita. Apabila saya lihat pokok atau tumbuhan ditebang pun, saya menderita juga. Jadi kadangkala tak dapat dielakkan, saya mengatakannya tanpa perlu berfikir atau mengawalnya. Contohnya, kita ialah guru yang paling bijak di dunia. Kita tahu akan segalanya tentang karma, sebab akibat dan segala-galanya tetapi anak kita menderita akibat penyakit dan mungkin malah kehilangan nyawanya. Kita tak dapat tidak berasa sedih, sakit hati walaupun kita tahu segalanya tentang karma dan sebab akibat. Macam itulah. Saya sayangi orang. Saya sayangi orang-haiwan. Saya sayangi semua makhluk seolah-olah mereka ialah anak tunggal saya. Sebab itulah saya menyinggung perasaan banyak orang terutama pemimpin berkuasa, raja dadah berkuasa, contohnya, atau seumpamanya.

Tetapi TUHAN lindungi nyawa saya kerana TUHAN mencipta saya, mengutus saya ke sini untuk sesuatu tujuan istimewa. Barangkali anda dah tahu semuanya sekrg Barangkali anda dah tahu lebih banyak daripada saya kerana anda nampaknya dalam visi dalaman, nampaknya dalam ramalan dan mengetahuinya dalam hati yang sangat benar dan roh anda. Anda tahu siapa saya dan apa yang saya lakukan untuk dunia.

Mahaguru Ching Hai ialah Buddha Maitreya, Raja kpd Raja-raja kpd Raja-raja kpd Raja-raja Pemerintah semua Cahaya. Pada 22 Disember 2021, ketika bermeditasi dengan Kaedah Quan Yin di pergunungan Ngarai Besar Gunung Gangsa di Shandong, China, Buddha Shakyamuni muncul di depan saya dan mengarahkan saya supaya menyerahkan mohor Dharma Buddha Maitreya kepada Guru saya – Mahaguru Ching Hai! Saya menyembah Buddha dan berkata, “Aku tak berani dan juga tak boleh ambil tanggungjawab yang begitu berat.” Pada masa yang sama, hati saya memanggil Guru dengan terdesak. Guru datang, tersenyum dan menepuk-nepuk kepala saya. Buddha tersenyum pada Guru dan berkata, “Anak murid-Mu dapat menahan ujian ini.”

Pada saat itu, sebuah pesawat udara berbentuk bujur, lut sinar seperti air, muncul, dan 13 Orang Tua-tua yang berupa serius muncul. Guru beritahu saya bahawa Mereka ialah Orang Tua-tua Majlis Orang Tua-tua Dalam sekelip mata saja, banyak Buddha dan Bodhisattva, Raja Dharma dari pelbagai Alam, Pemerintah 12 Sinar Cahaya, kumpulan Malaikat, kumpulan Roh, kumpulan Santo dan kumpulan-kumpulan lain muncul di angkasa, mengelilingi kami dalam lapisan-lapisan. Buddha menunjuk jari-Nya dan altar Dharma berbentuk teratai terjelma di angkasa. Di tengah-tengah altar Dharma muncul Tabut Perjanjian keemasan bersayap. Dari Tabut Perjanjian, Buddha mengeluarkan mohor Dharma, cogan alam dan cangkir suci Buddha Maitreya! Pada cogan alam itu terbenamnya sebatang kunci yang ganjil, dan cangkir suci itu mengandungi air hidup dan api pemusnah!

Suatu guruh menggegarkan Syurga, gendang Firdausi bergema, tetuang ditiup, muzik Firdausi muncul secara serentak, 10,000 Burung bernyanyi bersama-sama dan 10,000 Binatang mengaum sebagai balasan! Buddha Shakyamuni dengan penuh takzim menyerahkan khazanah Dharma identiti Buddha Maitreya kepada Mahaguru Ching Hai. Mahaguru Ching Hai menerimanya dengan rendah diri, menyapa semua orang dengan menyusun sepuluh jari dan mengarahkan supaya Rekod Suci Sokongan Syurga dikeluarkan. Rod skrol keemasan Rekod Suci Sokongan Syurga (yang didapatkan balik pada 2015 dari kawasan pedalaman Pergunungan Qinling) terbuka ke kedua-dua belah secara perlahan-lahan tetapi tiada satu perkataan pun yang muncul padanya. Guru menekankan mohor Dharma padanya dan menunjuk cogan alam ke arahnya. Rekod Suci Sokongan Syurga yang tiada perkataan dengan ajaibnya mendedahkan isi kandungannya! Semua pengaturan untuk Alam Dharma masa depan telah didedahkan. Dekri pertama Buddha Maitreya: Semua Dewa kembali ke kedudukan Mereka! Pada saat itu, Rekod Suci Sokongan Syurga menjadi seperti suatu laluan dan visi yang menakjubkan tiba-tiba muncul – pintu gerbang Syurga semua Alam Dharma terbuka luas, Phoenix dan Naga terbang tinggi di angkasa dan seekor Gagak tujuh warna bernyanyi dengan kuat, semuanya menyembah dan ucapkan tahniah kepada Buddha Maitreya – Mahaguru Ching Hai!

Tiba-tiba, suara Buddha masuki telinga saya: “Upacara besar-besaran ini mesti diumumkan hanya apabila Triniti Suci Guru telah bersatu sepenuhnya.” Saya tidak faham apa maksudnya tetapi Buddha berkata, “Engkau akan tahu apabila tiba masanya.” Sekarang telah tiba masanya. Pengalaman seperti mitos ini akhirnya boleh dikongsi dan diraikan bersama semua orang! Saya berterima kasih menjadi anak murid Buddha Maitreya, Mahaguru Ching Hai, dalam hayat ini! Terima kasih, Guru! Saya bersujud kepada Guru! Anak murid Tian-Yue dari China bersujud sekali lagi

Mahaguru Ching Hai yang sangat saya kasihi dan pasukan Supreme Master TV yang saya kagumi, Kerana kesibukan duniawi dan meditasi yang sangat sedikit, saya terasa jauh, banyak masalah dan kurang mengenal Guru tapi hati kecil saya sangat merindui Guru. Pada akhir tahun 2019 sebelum COVID melanda, saya mendekatkan diri saya lagi dengan saudara seguru. Daripada mereka, saya mendapat banyak dukungan untuk lebih banyak beramal. Dengan segala tekad, saya mula mengarah kembali perhatian saya kepada amalan spiritual. Dengan segala keberanian, saya lepaskan semua hal yg tidak penting dan tidak perlu yang membawa pengaruh negatif kepada diri saya. Saya menonton Supreme Master TV, membaca buku Guru, memainkan video khutbah Guru, hadiri meditasi berkumpulan dan juga melakukan meditasi semalam suntuk dua sampai tiga kali seminggu bersama beberapa saudara seguru di pusat meditasi

Suatu malam pd pertengahan tahun 2020, saya mendapat visi dalaman. Dalam visi dalaman itu, Guru tiba-tiba muncul di hadapan saya, memakai jubah putih panjang dengan rambut terurai. Dengan penuh semangat dan rasa ingin tahu, seolah-olah tidak ingin mensia-siakan kesempatan itu, saya segera bertanya dalam bahasa asing, “Guru, di manakah kedudukan-Mu di Alam Semesta ini?” Guru hanya tersenyum sambil mengeluarkan segulung kain putih yang kelihatan sangat kuno dan usang. Guru perlahan-lahan buka gulungan itu. Pada helaian kain itu terpampang peta Alam Semesta yang sangat luas, dengan segala objek Kosmos: planet, bintang, galaksi dan sebagainya, termasuk Dewa penguasa masing-masing. Wau, memang susunan dan aturan yang sangat rumit, dengan tulisan yang sangat kecil di sana sini. Kemudian Guru berkata, “Kedudukanku di sini!” sambil menunjuk ke kanan atas ruang kosong di luar peta Alam Semesta. Saya tertegun, takjub mendapati diri saya terbangun dan terurai air mata. Maafkan saya, Guru, selama ini tidak menyedari siapa Diri-Mu sebenarnya. Guru, Engkaulah Penguasa Tertinggi di Alam Semesta. Engkaulah Yang Tidak Tercipta.

Mendapat visi ini, iman saya tumbuh semakin kuat, apalagi menyaksikan siaran Berita Selitan beberapa waktu lalu di Supreme Master TV di mana Guru menyatakan Diri sebenar-Nya bahawa Guru ialah Buddha Maitreya, Nabi Isa yang kedatangan-Nya dinanti-nantikan oleh umat manusia. Guru ialah Raja Segala Raja yang bermaksud Raja Segala Raja pada masa lalu, Raja Segala Raja pada masa kini dan Raja Segala Raja pada masa mendatang. Engkaulah TIM QO TU dan alam Tim Qo Tu ialah peringkat tertinggi yang dapat dicapai di Alam Semesta oleh manusia dengan Berkat Guru. Tak hentinya bersyukur dan berterima kasih telah bertemu dan menjadi anak murid Guru, anak murid TUHAN. Semoga Guru selalu sihat dlm perlindungan Yang Maha Berkuasa. Nurhayati dari Bali, Indonesia

Santo-santo yang dikasihi, Saya seorang saudara seguru dari Kanada. Saya ingin berkongsi visi dalaman saya yang menakjubkan ini pada tujuh tahun yang lalu ketika saya pergi bercuti bersama keluarga ke Costa Rica. Dalam visi dalaman itu, saya berada di sebuah tempat yang indah dan bertemu dengan TUHAN Yang Maha Berkuasa, dengan rambut putih, sangat terang dengan Cahaya. DIA suruh saya cari Mahaguru Ching Hai. DIA kata Guru ada kuncinya, sekeping suai-jodoh segi tiga untuk dimasukkan ke dalam peta Alam Semesta besar yang penuh dengan persamaan, mengira bahawa masanya ialah 12 dan sedia untuk dimasukkan ke dalam lubang alurnya. Jadi saya segera pergi cari Guru, jumpai Dia dan berkata, “Guru, Seseorang mencari Engkau untuk kuncinya.” Jadi Dia mengeluarkan kunci itu dan masukkannya ke dalam lubang alur itu. Dengan serta-merta, seluruh peta Alam Semesta penuh dengan seribu Cahaya Matahari yang memancar dengan terang di seluruh Alam Semesta. Saya begitu gembira dan teruja menyaksikan peristiwa sebegini. Jadi Guru suruh saya dapatkan donat dan saya kata, “Guru, donat mengandungi telur.” Dia kata, “Ambillah saja, simbolik, dan aku akan jelaskan kemudiannya.”

Sekarang saya memahami kitaran hidup. Saya rasa masa kita telah tiba untuk menerima Berkat yang begitu besar daripada TUHAN Yang Maha Berkuasa dan Guru. Terima kasih, Guru, kerana benarkan saya menyaksikan visi dalaman yang menakjubkan ini. Saya tak dapat lupakannya. Ia sentiasa bersama saya. Terima kasih atas Kasih Sayang-Mu yang tidak berhujung dan tidak terbatas. Kami amat berterima kasih atasnya. Gianna dari Kanada

Dan lain-lain…

Baiklah, sekarang kita akan bercakap tentang keamanan sekali lagi. Mengapa keamanan datang dengan begitu lambat? Disebabkan begitu banyak karma yang bercampur untuk membentuk gelembung karma khusus itu untuk keamanan dunia dan peperangan. Bagi peperangan, senang untuk meletus kerana karma di luar dalam masyarakat, di dunia adalah sama seperti karma di dalam gelembung karma perang. Walaupun ia berada di dalam gelembung, namun ia meletup dengan cepat sekali. Apabila dah penuh, ia meletup, menimbulkan peperangan. Tetapi gelembung untuk karma keamanan adalah berbeza.

Photo Caption: “Membuat Hidup Menyeronokkan daripada Tiada Apa-apa Pun!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
2206 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-27
1669 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-28
1288 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
792 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-30
234 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-30
211 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-06-30
179 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-30
234 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-29
607 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
792 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-28
1820 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-28
380 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-28
325 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun