Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru bincangkan tugas mulia wartawan dalam melaporkan berita.(Akankah Guru menyambut Tahun Baharu Cina di sini tahun ini?) Saya tak tahu. (Jika kita menyambut Tahun Baharu Cina di sini, bolehkah Guru buat program kebudayaan dari Hawaii dipersembahkan sekali lagi?) Itu kedengaran hebat. (Itu akan sangat bagus!) Adakah kamu semua suka akan itu?(Bilakah Guru akan keluarkan pita video itu?) Tak begitu senang. (Guru dah janji untuk…) Mereka sendiri yang lakukannya. Saya tidak minta mereka lakukannya. Program itu diatur oleh anak murid. (Ya.) Sesetengah drpd mereka ialah profesional. (Ya.) (Persembahan oleh anak…) (Tidak, saya belum siapkan kerja lagi. Esok saya akan kembali ke sini untuk bekerja.) Hal keluarga bahagia, huh? Manis, huh? Nyaman dan selesa, kan? (Kent tanya saya, “Adakah abah dah siap?”) Ah! Okey. Maka biar mereka tahu. (Dia tahu saya bekerja untuk akhbar malam ini.) Oh! Benar ke? (Jadi mengapa saya tidak kerjakannya?) Ya Tuhan! Benar ke? Adakah itu mendesak? (Saya telah beritahu syarikat percetakan bahawa saya akan bawanya ke sana esok pagi.) Oh! Benar ke? Okey.(Program hiburan itu sangat baik. Jika Guru benarkannya…) Mereka persembahkannya secara spontan macam itu. (Jika Guru buat mereka persembahkan di sini sekali lagi, itu akan sangat menyeronokkan terutama semasa Tahun Baharu Cina.) Haruskah kita jual tiket? Jual tiket bagi memungut derma untuk kerja bantuan kami? (Ya, itu boleh juga.) (Pasti. Kami takkan menyimpan wang untuk diri sendiri, jadi ada apa yang nak dirisaukan?) Itu masalahnya. Orang tetap akan mengkritik seperti biasa. Wang saya sendirilah yang saya masukkan tetapi mereka tetap mengkritik saya. Bukankah itu ganjil? (Guru ialah pembayar cukai! Guru sudah bayar cukai kepada Amerika.) Saya perlu. Jika tidak, saya tak perlu. (Pada bila-bila orang Amerika tanya, Guru boleh segera berkata, “Saya bayar cukai. Kamu tahu tak?”) Jika mereka minta saya bayar, saya akan bayar. (Ya.) Bukanlah saya… (Guru tiada sebarang pendapatan, jadi mengapa mereka minta Guru bayar cukai?) Tiada pendapatan. Itu semua wang yang saya sendiri masukkan. Setiap dolar yang saya ada, saya masukkan semuanya.(Guru, tahun ini, tahun depan atau pada masa depan, Guru harus membuat penampilan awam yang besar di depan komuniti Âu Lạc (Vietnam).) Ta Tuhan! (Supaya mereka boleh…) Buat apa? (Bukanlah kita nak menunjuk-nunjuk atau apa-apa.) Oh! (Tetapi apa yang penting, kita perlu adanya dulu supaya kita dapat kembangkan aktiviti kita.) Tetapi tempoh hari, saya memang ada keluar untuk berikan khutbah awam. Sesiapa yang nak datang boleh datang. Sesiapa yang nak dengar boleh dengar.(Ya, tetapi ia tidak diberi publisiti secara meluas.) (Ia tidak diberi publisiti. Hanya anak murid tahu akannya. Itu hanya dlm kalangan kami dan Guru.) Tetapi ia disiarkan dalam semua akhbar. Mana boleh kamu kata ia tidak diberi publisiti? Tak lama sebelumnya, saya beri ceramah di sebuah auditorium yang sangat besar. (Anaheim, kan? Oh! Ya.) (Anaheim.) Ada kira-kira 7,000 atau 8,000 orang. Ada orang Âu Lạc (Vietnam) di sana juga. (Ada orang dari Âu Lạc (Vietnam) dan agak banyak datang dari Texas dan tempat yang lebih jauh ke utara juga.) (Tidakkah akhbar Âu Lạc (Vietnam) luar negeri menyiarkannya?) Mungkin mereka tak nak bersusah-susah menyiarkannya. Apa yang boleh kita buat dengannya? (Tidak, ini kerana…)(Guru juga harus ada sesuatu jenis pasukan akhbar…) (Perlu ada pasukan yang boleh hubungi akhbar.) Oh! Benar ke? (Bagaimana mereka tahu jika tiada sesiapa yang hubungi mereka?) Oh! Begitu ke? (Kerana Amerika ialah negara yang begitu besar.) (Mana boleh mereka tahu jika kita tidak sebarkan kata-kata?) Okey.(Seperti apabila Guru terbitkan sesuatu, Register mendapat tahu akannya. Pasti seseorang memaklumi mereka. Bukanlah mereka sendiri pergi carinya.) Oh! Macam tu. (Contohnya…) Kerana mereka ada cawangan tempatan. (Ya. Contohnya, apabila polis menangkap pencuri di sesuatu tempat, mereka hubungi akhbar untuk datang.) Ya, betul tu. Agaknya itu bagaimana ia berfungsi. Jadi seseorang yang kenali mereka atau ada hubungan dengan mereka memberitahu mereka. Ah! Okey. (Mahaguru mesti ada setiausaha akhbar.) Oh! Begitu ke? (Contohnya, sekarang…) Maka kamu boleh beritahu anak murid saya supaya uruskannya. Siapa lagi yang akan lakukannya? Saya takkan tahu bagaimana mengendalikan semua ini. Ini dah keterlaluan sikit bagi saya! Saya tidak biasa dengan perkara macam itu. Okey. Begitu ke? Ada setiausaha akhbar, itu kelihatan macam keterlaluan sikit? Takkankah itu kelihatan macam saya menunjuk-nunjuk?(Itu bukan menunjuk-nunjuk. Itu hanya hal pentadbiran.) (Itu hanya memaklumi akhbar supaya mereka boleh tulis tentangnya.) Oh! Benar ke? Oh! Benar ke? Okey, okey. Maka baiklah. Saya akan minta mereka mula menguruskan akhbar esok. (Hanya untuk biar orang tahu apa yang Guru lakukan.) Oh! Memang. Baiklah. Kami tak tahu akan segala perkara macam ini, terlalu rumit. Saya hanya tahu bahawa amalan spiritual dah cukup. Mengapa buat segalanya perlu begitu rumit? Seorang pegawai akhbar, kemudian lepas itu akan ada apa jenis pegawai yang lain? Politik, kemudian apa lagi? Benar ke? Okey. Kerana biasanya… (Tetapi Guru hanya ada pengawal Dharma, kan?) Oh! Pengawal Dharma berada di sana untuk mengawal anak murid, bukan untuk menjauhkan orang luar. Jika tidak, mereka semua akan datang mengerumuni saya! Mereka sentiasa nak memegang tangan dan kaki saya.(Itu memang penting untuk menyebarkan berita.) Ah! Okey, okey. Kamu ada dengar tak? (Ya, ya.) Kamu bercakap dengan orang… (Ya.) Kamu ada dengar itu, kan? (Ya.) Bercakaplah dengan (…) dan orang lain tentang menubuhkan sesuatu jenis jawatankuasa akhbar. Okey? (Ya.) (Guru sudah ada satu talian perhubungan sekarang – satu sambungan.) Ya. (Jadi sekarang pada bila-bila mereka nak menulis tentang sesuatu, mereka boleh hubungi kami.) Oh, memang! Jika ada apa-apa hal, hubungi mereka. Hubungi orang Âu Lạc (Vietnam), kan?(Jika apa-apa berlaku, satu cara adalah dengan telefon. Satu lagi adalah hantar faks…) (Satunya dengan telefon atau hantar faks untuk biar mereka tahu dgn serta-merta.) (Biar akhbar tahu dengan serta-merta.) Beritahulah (…) supaya menubuhkan jawatankuasa akhbar seperti itu, seperti yang kamu minta. (Ya. Jika apa-apa berlaku…) (Apa-apa yang Guru lakukan, akhbar tak tahu. Tetapi sebagai jawatankuasa akhbar, kita boleh biar akhbar tahu tentang apa yang Guru lakukan.) (Bertemu dengan wartawan.) Oh! Benar ke? (Maka kita dapat sebarkan berita.) Okey. (Kita dapat segera sebarkan berita.) (Biar mereka tahu akan perkara terkini.) Atau pada bila-bila kamu nak bertemu dengan saya, datang saja dan berjumpa dengan saya. Mengapa kamu perlu… (Tidak, ada terlalu banyak…)Maka biar kita melalui pasukan akhbar. Okey? (Ya, dan ini pantas. Seperti Guru kata, “Sekarang saya ingin bertemu dengan wartawan yang datang tempoh hari itu.”) Benar ke? Jadi saya boleh segera temu dgn mereka? (Ya, Guru boleh segera bertemu dgn mereka.) Ah! Okey, baiklah. Maka saya akan melalui jawatankuasa akhbar itu. (Melalui jawatankuasa akhbar itu dan wartawan boleh segera datang berjumpa dengan Guru.) Baiklah. Okey. Sekarang kamu telah mintanya, saya tahu akannya dan boleh lakukannya.Sebelum ini, saya tak pernah terfikir tentang perkara ini. Sebagai seorang pengamal spiritual, saya seharusnya benar-benar hanya tinggal di gunung dan beramal dan tidak pergi ke sana sini. (Mengapa bertemu dengan pihak akhbar?) Seharusnya macam itu. Mengapa bertemu dengan pihak akhbar? (Bercampur dengan semua itu.) Mengapa bercampur dengan semua itu? (Bercampur dengannya.) Tetapi ini sudah berlaku dan hal ini telah menjadi semakin besar, jadi akhirnya kamu semua mengetahuinya. Sekarang kamu tahu akannya dan datang melawat, saya beritahu kamu tentangnya. Sebenarnya, sebagai pengamal spiritual, perkara tak harus begitu rumit macam ini. (Amalan spiritual Guru telah menjadi begitu terkenal sehingga orang perasan.) Tapi sekarang saya pasti kamu akhirnya akan sanggup melakukannya. Sebelumnya, jika saya hubungi kamu, siapa akan dengar?(Tetapi tidakkah Guru nampak betapa bermanfaatnya perjalanan Guru ke Hawaii baru-baru ini? Nampak tak?) (Contohnya, jika seseorang jemput Guru ke sesuatu perhimpunan, Guru boleh terus pergi ke sana.) Ah! Benar ke? (Seperti hari ini, Guru kurang bertenaga tetapi tetap duduk di sini, menerima tetamu sambil minum petang.) Ah! Benar ke? (Mengapa mereka mesti jumpa dgn Guru? Biarlah Guru berehat.) Okey, okey. Saya faham. (Satu afiniti bawa kepada afiniti lain. Nampak tak, Guru? Jika kami tidak bertemu dengan Guru di Hawaii sebelumnya, takkan ada pertemuan ini hari ini.) Ya. Benar ke? (Guru tahu tak? Untuk bertemu dengan Guru hari ini, kami perlu mula berhubung sekurang-kurangnya dua minggu yg lalu.) Memang. (Ini bukan sesuatu yang diatur tadi saja.) Oh, memang! (Ya.) Beberapa hari yang lalu saja baru saya terdengarnya. (Ya, kerana mereka…) Tiga atau empat hari yang lalu, sesuatu macam itu. (Mereka asyik tanya tentangnya.) (Mereka juga perlu menelefon secara berulang kali baru dapat kami akhirnya sampai ke sini.) Ini kerana saya tak sentiasa berada di sini juga. Saya baru kembali dari Houston. (Ya.) Jadi adalah sukar juga untuk berhubung dengan saya. (Kami hubungi (…) tetapi dia tak tahu juga.) Oh! Macam tu. (Jadi ada segala membuat dan menerima panggilan ini.) Pagi ini saja baru kami mendapat tahu alamatnya.) Macam tu. (Pada pukul 10.30 pagi.) Ya. Okey. Jadi akhirnya mereka biar kamu mengetahui rahsia ini, huh? (Tapi masalahnya, jalan di sini memang sukar.) Jika anak murid mendapat tahu dan datang mengerumuni sini, habislah kita.(Tapi Guru tahu tak? Jalan ke sini memang sukar.) Ya. (Kami sampai ke sini dengan perjalanan tanpa berhenti!) Tetapi kamu berjaya sampai ke sini? (Kami buat perjalanan tanpa berhenti.) Dengan begitu saja, kamu tiba di sini. (Hari ini khususnya luar biasa – tiada kesesakan lalu lintas. Langsung tiada halangan. (Langsung tiada halangan dan tiada kesesakan lalu lintas.) (Ini tak pernah berlaku sebelumnya – tak pernah tiada lalu lintas.) (Biasanya lalu lintas adalah teruk.) (Hari ini memang luar biasa.) Keajaiban dari merata tempat? (Ya.) (Benar. Sukar dipercayai tetapi ini benar-benar berlaku.) (Sukar dipercayai tetapi benar.) Kalau begitu… (Tetapi ini memang luar biasa, Guru.) Baiklah, sekarang kamu tahu. (Tiada sedikit pun kesesakan lalu lintas.)Ya. Sekarang kamu anggota pihak akhbar telah meminta ini. Lain kali sesuatu berlaku, biarlah orang-orang itu tahu akannya. Okey? (Ya.) Saya akan maklumi dua orang ini. Mereka boleh bantu beritahu orang lain dan orang itu boleh bantu beritahu orang selebihnya. Macam itu. Apakah ini? Mengapa kamu perlu menulisnya? (Buka salah satu surat khabar.) (Ya.) Buat apa kamu perlukan kad perniagaan? Akhbar ini begitu terkenal. Mana boleh orang tak tahu akannya? Baiklah.(Ia menjadi terkenal selepas ia cetak foto Mahaguru.) Benar ke? (Ya. Adakah Guru rasa percetakan buku itu okey?) Huh? (Yang dicetak oleh Vietnam Post.) Ah, itu sangat baik! Wau, besarnya! Ia kelihatan begitu cantik. (Terbitan hitam putih.) Terbitan sebelumnya, kemudian yang seterusnya – terbitan permintaan maaf, kan? (Terbitan sebelumnya tak kelihatan begitu baik.) Benar ke? (Terbitan sebelumnya dilakukan dengan terlalu tergesa-gesa.) Ia begitu besar! Dan ia di muka depan juga? Itu pasti menelan belanja yg besar, kan? Saya malu-malu. Saya sangat malu-malu. Saya begitu malu-malu, begitu malu-malu!(Vietnam Press sangat terkenal sekarang.) Beritahulah mereka supaya hantar wang ke sini dan kita akan cetak lebih banyak naskah. Memandangkan kita bincangkan subjek ini, baik saya sebutnya. (6,000 naskhah.) Mereka cetak semuanya dan berikan semuanya kepada orang. Ah! Berapa kosnya mencetak 6,000 naskhah? (6,000 naskhah.) Berapa kosnya sekarang? (Bagi 6,000 naskhah akhbar kami? Lebih kurang 1,600 atau 1,700, Guru.) Benar ke? (Ya, lebih kurang 1,700.) Ah! (Jika ia dicetak berwarna, kosnya lagi tinggi, Guru.) Oh! Benar ke? (Jika berwarna, seperti terbitan Vietnam Post baru-baru ini, maka kosnya lagi tinggi.) Oh! Benar ke? (Ya.) Jika sesiapa mahukan lebih banyak naskhah lagi, maka kemudiannya saya akan… Cetak lebih banyak lagi. Jika sesiapa perlukan lebih banyak naskhah lagi, saya akan berikan wang untuk cetaknya dan berikan naskhah ini kepada mereka.Adakah surat khabar ini percuma atau kamu jualnya? (Ini surat khabar percuma – kami berikan kpd orang secara percuma. Tetapi dengan orang Âu Lạc (Vietnam) sekarang, Guru, macam ini. Jika kita tetapkan harga 25 sen bagi surat khabar ini – kira-kira 25 sen saja – mereka akan lihat sekali dan pergi dari situ.) Hanya 25 sen saja tetapi mereka tetap takkan belinya. (Tetapi jika kita berikan secara percuma, mereka akan ambil seluruh tindanan!) Memang. (Kemudian mereka ambilnya pulang.) (Jika kita berikannya secara percuma, mereka akan ambilnya.)(Percetakan berwarna adalah rumit. ia perlu melalui mesin cetak empat atau lima kali.) Betul tu. (Kita perlu asingkan warnanya, Guru.) Saya tahu. (Meletihkan.) Meletihkan. (Sebab itulah apabila kami buat muka depannya, kami perlu duduk di sana pada waktu malam – memerhatikannya untuk memastikan ia tidak menjadi tidak sejajar.) Ya Tuhan. Kita tak boleh biarkan gambar Guru keluar dengan empat mata.) Saya ada tiga mata saja! (Kadangkala kami berjaga hingga lewat malam hanya untuk menyelesaikan kerja dan menyiapkannya.) Saya faham. (Jika kita tinggalkannya hingga keesokan paginya untuk ambil surat khabar itu, ini akan benar-benar mengambil banyak masa.) Sama juga dengan saya. Kadangkala saya bekerja sepanjang malam. (Ya.) Saya tidak rehat sehingga kerja disiapkan. (Kita perlu siapkannya. Jika tidak, kita tak dapat tidur dgn tenang.) Memang. (Menerbitkan surat khabar ialah kerja yang sangat susah, Guru.) Itu kerja yang memang susah, huh? (Itu kerja yang memang susah, Guru.) Benar ke? (Itu pasti karma yang telah ditakdirkan.) Melakukan kerja ulat sutera, huh?(Tetapi sekarang, contohnya, menulis rencana tentang Guru adalah lebih sukar daripada menulis tentang subjek lain. Pertama sekali, kita perlu pertimbangkan dengan teliti supaya daripada sebelah Guru, Guru juga akan bersetuju dengan apa yang kami tulis, dan daripada sebelah pembaca, kami juga perlu memastikan bahawa mereka tidak rasa tak selesa kerana apa yang kami tulis mungkin atau mungkin tidak sejajar dengan sudut pandangan mereka.) Oh! Ya. (Kami ada bukti yang jelas bagi itu.) (Kerana dari sudut pandangan orang ramai…) (Itu apa yang sukar.) Ya. (Kebanyakan orang beri perhatian kepada Guru sekarang, jadi mereka sangat ingin tahu akan rencana yang ditulis tentang Guru. Mereka suka bacanya.) Ya, ya. Betul tu. Kita perlu biar mereka tahu akan kebenaran. (Tetapi ada segala cerita yang direka-reka oleh mereka.) Dan tiada sesiapa yang menyumbangkan satu sen pun kepada saya.(Tetapi Guru, apabila sesuatu yang baik berlaku, pujian tidak tersebar dengan begitu pantas seperti kritikan dan kata-kata buruk. Sentiasa macam itu… itu hidup.) Wartawan ada kewajipan untuk mendidik orang ramai sikit, membimbing mereka ke arah jalan kebaikan dan pandangan yang lebih positif. Jika tidak, jika seseorang bergosip atau mengkritik orang lain, kenegatifan itu mempengaruhi penutur itu sendiri juga. Sebab itulah ada suatu peribahasa Âu Lạc (Vietnam): “Meludahkan darah pada seseorang hanya mengotori mulut kita sendiri.” (Ya.) Memang! Itu mengotori mulut kita sendiri.(Dah tentu, itu wujudkan karma melalui pertuturan.) Betul. Ya. Jadi kita juga harus menyumbang kepada mendidik orang ramai terutama kanak-kanak, orang muda – kita harus membimbing mereka ke arah yang lebih mulia. (Ya.)Itu kewajipan wartawan. Akhbar ialah salah satu cara yang terbaik untuk mendidik orang. Kemudian ada televisyen dan radio. Medium ini sangat penting. Jadi kita harus menulis dengan cara yang membantu masyarakat menjadi semakin baik, lebih suci dan lebih mulia. Jika akhbar tidak memikul tanggungjawab ini, siapa yang akan buat begitu? Di sekolah, mereka dapat mengajar kumpulan orang tertentu saja. Faham? Tetapi akhbar menjangkau orang ramai.(Saya telah mengikut Guru sejak Hawaii tetapi hingga kini belum ada satu foto pun yang diambil bersama Guru. Saya hanya mengambil gambar orang lain.) Ah! Benar ke? Baiklah, ambillah satu gambar. Minta salah satu daripada mereka supaya ambil gambar untuk kamu. Ambillah gambar mereka bersama saya. Mereka suka bergambar bersama Guru. Ini automatik. Hanya tekannya sekali dan itu dah cukup. Faham? Ah, bahasa Inggerismu sangat baik! Bahasa Inggerismu menjadi lebih baik. (Berdirilah di sebelah Guru untuk foto.) Ya. Okey. Kamu tidak ambil gambar ke hari itu? (Belum lagi, tidak sejak hari itu. Saya memegang kamera macam ini sepanjang masa.) (Itu dah banyak. Suatu kali saya mengambil banyak gambar dekat dengan Guru.) Hari itu di Hawaii ketika kita makan hidangan bersama. (Di Hawaii dan Waikiki.) Mengapa kamu ambil masa yang begitu panjang untuk menekan butangnya?) Tekannya lebih lama sikit. (Tekannya lebih lama sikit.) Kamu ambilnya untuk dia. Adakah kamu mengambil kelima-lima orang dalam foto? Berundurlah sikit. (Maka mari kita berdiri di belakang Guru.) Tak mengapa. Itu boleh juga. Hanya bersahaja. Buat dirimu selesa. Okey. Kamu duduk di sana. Bagaimana kamu nak mengatur diri pun boleh. Tiada masalah. (Tekannya lebih lama sikit. Tekan…) Tekannya lebih lama sikit, kemudian denyaran akan… (Tekannya lebih lama sikit dan denyaran akan bernyala.) Jika gambar ini tidak keluar, kita boleh ambil lagi lain kali. (Tidak, tekannya lebih lama sikit, maka ia akan berfungsi. Tekannya kuat-kuat.) Tekannya untuk seketika. Nampak tak? Ya Tuhan! Amatur… (Sangat amatur.) Okey. Okey. Yang ini kelihatan agak tahan lasak, kan? Ini alat yang serius. Kamu nak mengambil gambar dengan yang ini tak? (Profesional.) Profesional, huh? (Ini memang mudah untuk perjalanan jauh.) Ah! Betul, betul. (Ia senang untuk dibawa ke sana sini. Ya.) Jika tidak, jika ada terlalu banyak barang, itu akan menjadi membebankan. (Ya.) Meletihkan.Kamu ada apa-apa soalan lagi? Ada apa-apa soalan yang lebih susah lagi? Kesiannya kamu. Di satu belah, ada pendapat umum… tersepit di antara tukul dan andas, huh? Jika apa yang kamu katakan tidak menyenangkan pembaca, mereka takkan beli surat khabar. Mereka takkan bacanya pun dan takkan menyokong kamu. (Ya, betul tu.) (Mereka tidak menyokong kita.) Tetapi jika kamu bercakap secara terus terang – ‘kata-kata jujur menyakitkan telinga’,kan? (Kami wartawan – kami menguruskan akhbar.) Itu suatu perniagaan. (Kami menguruskan akhbar. Kami orang yang cetaknya.) Kamu berani, kan? (Jika kami tak dapat lakukannya, maka kami akan tutup.) Berani, memang? (Kami sendiri mulakannya dan sendiri cetaknya.) Oh! Betul. Itu apa yang buatnya susah. (Bukanlah mereka ialah orang yang berikan wang.) (Bukanlah mereka berikan apa-apa kepada kami.) Oh! Benar ke? Tetapi bagaimana dengan yuran pengiklanan? Bukankah mereka bayar kepada kamu untuk beriklan?(Jika mereka beriklan, mereka perlu bayar kepada kami.) Ah! Begitu ke? (Tetapi jika mereka tidak beriklan sekarang, maka kami… Guru tahu akan peribahasa “tanpa orang itu pun, pasar tetap penuh sesak.”) Oh! Benar ke? (Satu orang pergi dari situ, orang lain masuk.) (Ya, jadi kami terus membuat saja apa yang kami buat.) (Tiada apa-apa yang nak ditakuti.) Okey. Kita tak tahu sama ada mereka di sebelah kita atau di sebelah musuh, kan? Baiklah (Mana tahu? Mungkin salah seorang anak murid Guru akan datang suatu hari nanti dan berkata, “Biar saya beriklan.”) Itu sangat bagus.Photo Caption: “Mengharumkan Kaki Ciptaan Tertinggi ialah Suatu Kebanggaan”











