Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dari Afrika dengan Kasih Sayang, Bahagian 5 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai dengan gembira renungkan layanan baik Afrika, kata-kata puitis dan surat yang ditulis dengan indah yang diterima-Nya daripada Bambi Baaba dan salah seorang anak murid-Nya.

Oh! Indahnya ini, cara kamu bercakap. Kebanyakan orang Afrika yg saya temui bercakap macam itu. Mereka bercakap macam puisi dan begitu menyenangkan hati saya. Rasanya saya akan hantar anak murid saya ke Uganda untuk diajar oleh Gurumu cara berbudi pekerti dan cara bertutur. (Tetapi di Afrika, kami juga rasa bahawa kami boleh mempelajari adab sopan dari Taiwan (Formosa).) Oh! Benar ke? Tidak. Di Taiwan (Formosa), kami hanya bekerja. Barangkali kami tak beri terlalu banyak perhatian kepada sebelah puisi kehidupan spiritual. Mungkin kerana saya terlalu tidak sabar dengan misi yang perlu saya jalankan. Saya nak selesaikannya dengan cepat, bersara, pergi ke Uganda cari semak di sebelah Gurumu dan habiskan masa saya. Adab sopan dunia, biar mereka pelajari. (Guru dialu-alukan.) “Guru dialu-alukan”, huh?

Ya, ya. Saya sukai kehidupan itu juga. Kadangkala apabila boleh lepaskan diri untuk seketika ke dalam hutan sendirian atau seumpamanya, saya akan berada di sana di tepi sungai, lebih atau kurang di dalam semak juga tetapi dengan khemah – di dalam khemah. Tetapi kadangkala saya tidak tidur di dalam khemah kecuali semasa hujan. Jika tidak, kadangkala saya tidur di atas batu atau bermeditasi di atas batu di tepi sungai dan seumpamanya. Bagusnya itu. (Kecuali semasa hujan, di dalam khemah disebabkan oleh nyamuk.) Apa? Ya, nyamuk. Kita boleh memasang kelambu. (Kelambu.) Saya suka akan kehidupan itu. Kita boleh rasai udara. Kita lihat Bulan, bintang dan sebagainya.

Orang Afrika begitu beradab sopan. (Ya.) Jadi kamu ada pelajari sesuatu atau tidak? Kamu bayar kepada mereka… (Yuran tuisyen.) Huh? (Yuran tuisyen.) Yuran tuisyen. Sebiji pisang sejam. Adab sopanmu sangat baik. Saya sangat suka akannya. Tetapi kami hanya seperti sekumpulan kanak-kanak di sini. Mereka bermain-main. Mereka hanya mahukan gula-gula, makanan dan cerita sebelum masuk tidur. Saya bersama mereka sepanjang masa. Itu apa yang mereka mahukan. Jika saya biarkan mereka, mereka akan berada di sisi saya sepanjang 24 jam. Jadi ke mana-mana pun saya pergi, ada ekor yang panjang, dan perlu banyak memarahi mereka untuk pisahkan mereka.

Gurumu sibuk. Ini surat yang sangat indah juga. Dah tentu, apabila Gurumu curahkan begitu banyak usaha hanya untuk jemput saya ke Afrika, saya akan rasa malu jika tidak terimanya. Kerana Beliau mengutus dua orang wakil yang baik ke sini utk menawan hati dan meyakinkan saya. Dah tentu saya akan datang. Tapi sampaikanlah kepada Gurumu bahawa persediaan tidak diperlukan. Tiada apa-apa yang kita perlukan. Hanya lakukannya sebagaimana... Hanya lakukannya sebagaimana orang Afrika suka lakukan. Saya suka nikmati perubahan. (Layanan baik Afrika, kita panggilnya.) Apa? (Layanan baik Afrika.) Oh, ya, ya! Kamu buat apa-apa saja yang Gurumu rasa sesuai. Dah tentu, kami akan nikmati itu. Kami akan nikmati apa-apa saja yang ada. Kami akan sangat suka akannya.

Adakah kami perlu bawa apa-apa dari Taiwan (Formosa) atau negara lain untuk menambahkan warna upacara? Ada tak apa-apa yang diperlukan secara simbolik? Adakah Gurumu sebut apa-apa? Tidak. (Tidak. Tiada apa-apa secara khusus. Tetapi kami rasa selain mengetahui sesuatu tentang iklim Uganda, tiada banyak apa-apa yang istimewa yang diperlukan. Jika orang boleh menginap di sana, apa yang penting adalah mengetahui masalah nyamuk di Afrika.) Oh! Tiada masalah, mereka semua berkelengkapan. (Jadi orang akan datang dengan khemah dan kelambu.) Ya, mereka datang dengan khemah dan kelambu. Mereka telah biasa dengannya. (Dan penulen air (O ya! Ya.) kerana tiada (Tiada air.) air paip.) Oh, macam tu! Okey.

(Dan mungkin kamu harus mengambil pil untuk malaria terlebih dahulu.) Oh! Ya? (…untuk pencegahan.) Oh! (Ada suatu… Ia sangat terkenal...) Bagaimana lakukannya? (Kamu pergi dapatkan suntikan saja.) Dapatkan suntikan. (Atau kamu boleh dapatkan pil.) Pil lebih baik. (Kami mengambil pil malaria semasa pergi ke Hong Kong. Kita boleh ambilnya dengan cepat.) Di Hong Kong pun perlu kamu ambilnya? (Kami ingin memastikannya.) Oh! Ya? Okey, setiap orang tiga biji pil. Berapa banyak pil? (Kamu masih ingat tak?) Dan berapa lama sebelumnya? (Biasanya ada preskripsi yang perlu kamu ambil selama dua minggu sebelum bertolak.) Oh! Dan sehari sekali? (Kamu perlu mengambilnya dua minggu sebelum bertolak dan sepanjang masa kamu berada di sana, biasanya.) Maksud saya selama beberapa minggu selepas berada di sana.) (Itu hanya peraturan.) Ya Tuhan.

(Itu tidak rumit sangat. Kami akan mendapat tahu di sini kerana di Belgium…) (Ya, benar tu.) (Di Belgium, ada banyak orang yang pergi ke Afrika. Kami akan mendapat tahu jenama terbaik yang wujud dan apa preskripsinya. Kami akan dapat memaklumi Guru.) (Biasanya di kebanyakan negara, mereka ada klinik percuma di mana kita boleh dapatkannya secara percuma.) Jangan menyusahkan klinik percuma. Kamu harus bawa benda ke sana. Kamu jangan ambilnya daripada orang. Kita harus bawa ubat ke sana dan bukan menunggu. (Sebelum bertolak, kita perlu ambilnya sekurangnya seminggu sebelumnya.) Ya, dua minggu sebelumnya. (Dua minggu sebelumnya.) Oh! Kamu tidak beritahu saya semua ini sebelum saya menerima undangan ini. Sekarang apa yang nak dibuat? Jadi saya hantar kamu ke sana.

Saya tak rasa ada masalah. Saya pernah pergi ke India. (Oh, ya!) Iklimnya serupa. (Serupa.) Persekitaran yang serupa. Ya. Saya tak rasa ada masalah. (Tidak, tetapi tetap… Maksud saya langkah pencegahan.) Saya tak pernah mencegah, tetapi jika kamu kata begitu, mungkin. Ya Tuhan, jika kamu tak kata, saya akan bergegas ke sana saja. Saya tak tahu apa-apa pun dan Tuhan akan berkati saya. Oh, saya tidak pergi bersama (…) kerana dia terlalu rumit. Dia akan beritahu saya segala pencegahan ini dan itu. Sebenarnya saya tak perlukan apa-apa pun Saya pernah pergi ke India dan tak perlukan apa-apa pun. Adakah saya perlukan suntikan? Saya tak ingat. Tidak, tidak.

Ini surat yang begitu indah, mereka kata, surat yang begitu indah. Rupanya, segalanya begitu spiritual. (Kepala suratnya dibuat khas untuk program Sseesamirembe.) Apa itu? (Kepala surat.) Ya. Oh! Betul tak itu? (Ya. Itu untuk persidangan kami pada Julai.) Cantiknya. Jadi kamu sangat terurus. Kami tak pernah buat apa-apa yang istimewa untuk apa-apa. Sangat terurus. Kumpulan kamu sangat terurus. Mereka membuat kepala surat secara khas untuk persidangan itu. Kita tak pernah buat begitu. Kamu tak pernah perlakukan saya dengan begitu baik. Kamu tak pernah berikan apa-apa kepala surat istimewa kepada saya. Pada bila-bila saya nak tulis sesuatu, saya cari kertas tisu. Saya sering perlu menulis pada kertas tisu kerana saya ada ilham dan nota tetapi tak dapat cari nota di sekeliling saya. Mereka tidak buat kepala surat utk saya. Oh, saya merungut!

Lihatlah. Oh! Saya rasa Gurumu sangat terurus dalam keadaan sebegini dan di negara sebegini. Beliau buat segalanya dengan begitu cantik. Kami ada segalanya di Taiwan (Formosa) tetapi kami tidak mengurus apa-apa pun. (Taiwan (Formosa) lebih maju.) Tetapi kami tidak maju – kami masih tinggal di dalam khemah. Tak apa. Saya tak pedulikan pembinaan. Itu saja. Bukanlah kami tak mampu. Kami mampu. Untuk suatu tempoh masa, dengan apa yang kami bantu di luar, kami dapat bina banyak bangunan tetapi kami tak nak.

Rasanya saya sangat seperti Gurumu, tak begitu pedulikan pembinaan. Apa-apa yang kita ada, yang tinggal di dalamnya saja. Tetapi ini tak bermakna saya tak boleh nikmati bangunan dan sebagainya. Jika saya adanya, saya nikmatinya. Jika saya tiadanya, saya tidak binanya. Saya tidak menimbulkan kesusahan kerana apabila kita bina rumah atau tokong, itu ambil masa banyak tahun dan tidak sempurna seperti di Syurga. Jadi kami tidak bersusah-susah. Cantiknya, pasti. Itu seharusnya 7 hingga 14 Julai, kan? Tempatnya sangat besar, kan? Setiap orang bawa khemahnya, jadi tiada masalah. Air dan segalanya adalah… (Bersih.) Ya. Saya rasa kita baik-baik saja. Kita boleh adakannya. Kami sentiasa buat begitu. Kadangkala kami juga adakan suluk tujuh hari, berkhemah di tepi sungai, bina bilik mandi sementara dan sebagainya dengan elok sekali, tiada masalah. Tetapi itu perlu disediakan kadangkala satu minggu lebih awal untuk menempatkan beribu-ribu orang.

Mereka tahu akan segala-galanya. Mereka menulis seperti yang akan orang di India tulis. Mereka tahu akan Kali yoga karma, nirvana, samsara dan kaki teratai Guru. Saya rasa anak murid sayalah orang yang kurang mengetahui segala perkataan ini – perkataan indah. Pernahkah saya katakan sesuatu seperti “kaki teratai Guru” (Tidak.) dalam khutbah saya? Sekarang dah tujuh tahun kamu dengar kata-kata saya. Pernahkah kamu dengar apa-apa seperti itu daripada saya? Tak pernah. Saya hanya ajar kamu makanan dan teh. Tetapi itu bukan makanan. Itu makanan spiritual, jadi indah. Apabila saya baca semua surat ini, saya rasa malu. Saya terasa macam kita langsung tiada budaya.

Ia begitu indah. Saya rasa kami akan cetak ini dalam surat berita. Bolehkah kami buat begitu? Bolehkah kami cetak dua pucuk surat ini dalam surat khabar? Saya akan berikannya kpd jabatan berita kerana ia begitu indah, begitu indah. Ia seperti khutbah, indahnya. Begitu indah sehingga ia tertulis macam puisi dan dia menulis tanpa membetulkannya. Pasti orang yang sangat spiritual. Kamu sendiri kenali orang ini. (Dia seorang anggota komuniti kami.) Saya tahu, tapi kamu kenali dia tak? Kamu bekerja bersama? (Orang yang menulis surat ini?) Yang ini. (Ya. Dia seorang Amerika. Dia datang dari…) Oh! Betul ke itu? (…tetapi dia tinggal dalam komuniti kami.) Oh! Kerana dia mengikut Gurumu. Oh! Faham. Tak hairanlah. (Dia komited untuk bina itu.) Faham. Begitu indah, begitu indah. (Tetapi hampir setiap minggu ada surat yang datang dari yayasan kami ke Taiwan (Formosa).) Oh! Ya? (Ya. Setiap minggu ada surat.) Oh! Ya. (Hampir seminggu satu hari, Beliau menulis kepada Guru Ching Hai.) Oh! Benar ke? Saya rasa kakitangan pasti bebas untuk jawabnya untuk saya sementara saya tiada di sana. Setiap minggu sepucuk surat? (Ya.) Oh, ini macam kisah cinta! (Mereka malah berikan kata-kata untuk dikirim kepada Guru Ching Hai.) Oh! Benar ke? Kamu tahu akan itu tak? Kamu tahu akan segalanya. Mrk malah sendiri berikannya kpd kamu, di dalam beg pakaian kamu? (Ya.) Yang ini sudah ada di sini. Dua. (Tetapi Guru ada yang lain.) Lebih banyak lagi? Ya Tuhan. Mereka tiada apa-apa untuk dibuat di sana kecuali menulis surat kepada Guru Ching Hai? (Tidak, kami masih ada masa untuk…) Masa untuk buat begitu.

Mereka sangat romantik, orang Afrika. Oh, cantiknya! Saya harap saya ada anak murid macam ini. Apa kata kita bertukar-tukar dengan Gurumu. Beliau ambil saya punya dan saya ambil Beliau punya. (Pertukaran boleh dilakukan.) Pertukaran boleh dilakukan, huh? (Kami menanti-nantikan pertukaran itu.) Tetapi bercampur lebih baik. Ya Tuhan. Itu benar. Adalah benar bahawa dah lama Afrika tiada Guru, selama berjuta-juta tahun. Itu benar. Sekarang mereka letak beban di atas bahu saya. Mereka kata, “Dah berjuta-juta tahun orang Afrika tidak diberkati dengan kehadiran Orang yang sangat tinggi dan sekarang mereka menanti kamu.” Boleh percaya tak? Segala beban.

Tidak. Mengapa kamu tepuk tangan? Adakah saya bertanggungjawab atas berjuta-juta tahun besar ini? Apa yang saya nak buat? Walaupun ada gelaran ‘Mahaguru’, saya orang yang sangat biasa. Sama seperti sesetengah orang memakai mahkota di atas kepala… tetapi tak boleh menjadi ratu. Buat apa memikul tanggungjawab menjadi ratu. Hanya ambil mahkota dah cukup. Maaf, saya terlalu banyak bergurau atau tidak? Tak mengapa bagi kamu? Kamu dah biasa dengannya atau tidak? (Tak mengapa.) Kami seharusnya hantar pita gurauan ke komuniti kamu dulu. (Kami dapat menyesuaikan diri.) Kemudian biar mereka bersedia. (Tak mengapa.) Bergurau ialah bakat saya. Itu menutupi setiap kelemahan yang saya ada kerana saya menutupinya.

Jadi ini surat yang memang kuat. Kita tak boleh kata tidak kepada permintaan macam ini. Tetapi kerana saya kasihi orang, orangmu. Itu sebabnya. Saya telah temu dgn banyak drpd mereka dan ada tanggapan yang baik. Saya kasihi Gurumu. Beliau baik. Oleh itu, saya lebih atau kurang dah biasa dengan getaran kumpulanmu. Jadi ini bukanlah apa-apa yang asing atau baharu. Jemput ke Palmyra? Ah, New Jersey! Itu sebuah tempat kecil di New Jersey. Oh! Itu tempat kami ada pusat meditasi kami.

Tetapi Bambi Baaba sangat terkenal. Banyak orang tahu akan Beliau. Banyak orang – contohnya, ketika saya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (Ya.) agak banyak orang tahu akan Beliau. Beliau terkenal. (Tetapi bukan di kampung halaman.) Apa? Bukan di kampung halaman. (Bukan di kampung halaman.) Ya. Seorang nabi tiada penghormatan di kampung halamannya, kan? (Ya.) Tetapi lawak. Okey, saya akan datang mengajar orang Afrika cara menghormati Guru mereka – bahawa mereka ada lombong berlian di tempat asal tetapi tidak menggali. Mereka pergi ke luar negeri untuk beli sebiji berlian yang kecil, mahal, sangat mahal. Dia begitu berbakti.

Photo Caption: “Mengekalkan Segala Kecantikan yang TUHAN Kurniakan kpd Dunia Kita dengan Rasa Syukur Rendah Diri”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/10)
1
Kata-kata Hikmah
2026-02-09
1139 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-02-10
806 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
777 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
578 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
502 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
325 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-14
290 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
271 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
409 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-13
425 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
478 Tontonan
Dunia di Sekeliling Kita
2026-02-13
1 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2026-02-13
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun