Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dari Afrika dengan Kasih Sayang, Bahagian 7 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, amat tersentuh oleh lagu puja ikhlas oleh Bambi Baaba dan anak murid-Nya, Mahaguru Ching Hai menzahirkan rasa terima kasih sementara menulis surat terima kasih.

Adakah Beliau menangis? Terasa macam Beliau menangis. Beliau sangat penuh emosi… tersentuh. Beliau bernyanyi dengan seluruh jiwa raga di sini. Merdunya. Suara yang begitu merdu. Ah, merdunya! Beliau ada suara yang merdu dan bernyanyi dengan sepenuh hati, memang mengharukan.

Kedengaran memang merdu. Jadi beritahulah Gurumu bahawa saya amat berterima kasih kepada Beliau. Saya tak tahu sama ada saya dapat tulisnya tapi saya akan cuba mencoret sesuatu. Saya hanya nak kata, “Terima kasih, Guru, atas segala kasih sayang, muzik dan pisang-Mu.” Ya, ya. Saya harap Beliau faham. Beliau faham, kan? (Beliau akan faham.) Jika Beliau tak faham, sayang sekali kerana saya memang macam itu. Bambi Baaba yang dikasihi…? Ini nama-Nya – Bambi? Bambi. Kamu tahu tak apa itu Bambi? Itu orang-rusa kecil. Ada sebuah filem yang bertajuk ‘Bambi’. ‘Putera Bambi’. (Rusa.) Oh, orang-rusa! Saya suka akan filem itu. Saya saksikannya byk kali secara berulangan. Ketika masih kecil, saya saksikannya dan baru saksikannya sekali lagi tahun ini, banyak kali. Saya sukainya. Cantiknya.

(Dalam bahasa kami, itu seruan belas kasihan.) Betul ke itu? Ya juga, dan kecantikan. Itu saja. Beri kpd saya… Kamu bacalah dan lihat sama ada boleh bagi Beliau. (Pasti boleh bagi Beliau.) Ya, tak mengapa. Itu asli dan itu saya. (Ya, Beliau akan amat berterima kasih menerimanya.)

Saya jarang tulis surat, beritahulah Beliau, dan itu dah pun terbaik yang dapat diperoleh-Nya daripada saya. Jika Beliau harapkan lebih, saya minta maaf kerana mengecewakan-Nya. Saya sangat jarang menulis surat peribadi. Saya tidak menulis. Saya tak suka menulis tapi rasanya saya akan memperbaik diri selepas ini. Ya, silakan. Ini untuk… Saya tak tahu macam mana tulis… ‘Bambi Baaba’ ialah nama-Nya. Bambi Baaba sudah pun nama penuh hormat untuk seorang Guru agung. Jadi saya tak perlu bubuh Maharaji, Mahaguru Bambi Baaba.

Satu lagi – surat untuk saudara perempuan itu. Oh! Itu rasanya saya tak dapat siapkan. Oh, terlalu banyak hari ini! Cantiknya, begitu cantik surat ini. Begitu cantik. Tapi dia tulis terlalu banyak – “hamba patuh” dan sebagainya. Kita tak perlu menulis itu. Adakah kita suka akan itu? Saya tidak biasa dengan jenis bahasa yang indah ini. Adakah kita tulis macam itu di Afrika? (Kadangkala.) Sekarang saya menulis untuk saudara itu. Siapakah namanya? Mama (Keramera.) Keramera .

Begitu sukar nak tulis surat. Kamu dapat lihat tak itu? Saya perlukan satu lagi sampul surat. ‘Permohonan maaf’ – macam itu? (Ya.) ‘Permohonan maaf’. Dia pasti faham. Dia harus tulis apa yang tertinggal. Dia harus tambah lagi. Oh, begitu senang! ​​Saya tak pernah begitu banyak menulis dlm hidup saya – hanya kerana kamu berdua memaksa saya menjadi ‘Setiausaha Terbaik Tahun Ini’. Saya akan mendapat anugerah ini di Uganda apabila pergi ke sana. Sediakanlah suatu anugerah untuk saya – Setiausaha Tertinggi. Saudara perempuan – atau ini namanya? Mama. (Mama. Ya.) Ya, itu saja. Dan ini… Ya. Oh! Itu akan menyenangkan hati-Nya. Ya. Saya akan bubuh hati untuk Beliau. Baiklah, ini untuk Tong simpan.

Itu saja. Sekarang, berilah kepada mereka bersama dgn itu, dan ini untuk saudara itu – surat ini. Pisang ini, kita akan nikmati apabila dah masak. Kita boleh bubuh kemenyan di sebelahnya dan ia jadi masak dengan cepat sekali. Betul tak itu? Mereka buat begitu di Afrika atau tidak? Bagaimana kamu buatnya masak dengan cepat sekali? Bubuh kemenyan. (Biasanya di Afrika, sistem terbaik adalah mengasapinya.)

Oh, asap! Ya, ya, kemenyan juga. Ya, sejenis asap. Bagaimana kamu mengasapinya? Kamu letak kayu di bawah bilik besar. (Mereka simpannya di sesuatu tempat di atas, tergantung di mana ada…) Api di bawah. (Sesetengahnya, ya, dan di sesuatu tempat di luar kerana jika kita letaknya terus di bawah api, ia akan menjadi haba.) Ya, ya. (Ia dimasakkan dengan asap itu sendiri.) (Oh! Benar ke?) (Ia mendapat sejenis bau wangi tertentu, saya rasa.) (Bau wangi.) Oh, cara kuno! (Ya.) Itu apa yang kita lakukan. Sebab itulah mereka letak kemenyan. Itu sejenis asap juga. Bagaimana ia boleh jadi masak dgn asap? Asap membuatnya… Jadi orang di dalam pesawat harus bantu memasakkan pisang. Mereka sentiasa merokok. Jadi lain kali apabila menaiki pesawat, saya akan bawa pisang yg belum masak, gantungkannya di dalam kabin.

Photo Caption: “Rehatlah, Waktu Berehat. ENGKAU Wajar Mendapatnya!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/10)
1
Kata-kata Hikmah
2026-02-09
1562 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-02-10
1303 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
1305 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
1058 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
920 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
800 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-02-16
406 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
255 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-17
407 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-17
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
255 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-16
6146 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-16
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-16
393 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-16
483 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-16
406 Tontonan
Planet Bumi: Kediaman Penyayang Kita
2026-02-16
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun